Kesan Positif Skim Rumah Pertamaku?


(sumber: Mailing list Muaz Hadi)

Salam sejahtera untuk anda =)

Jika anda masih ingat saya pernah menulis beberapa artikel mengenai 'Skim Rumah Pertama' (SRP) dulu sebaik sahaja ianya dibentangkan dalam Bajet 2011 tahun lepas, yang berkisar tentang 'projection' saya dan rakan-rakan tentang kesan negatif SRP ini yang secara kasarnya saya katakan kesannya akan menjadi lebih kurang sama dengan kesan 'Zero Down-payment' pembelian kereta (Perodua, Proton, Naza etc)

Kesannya ialah selepas 3-4 bulan berapa banyak kereta yang ditarik/dilelong. Keadaan ini menguntungkan golongan pemerhati yang menunggu kereta baru dengan harga murah. Itu kelebihannya =) Tapi bagi yang mengambil skim itu, bukankah ianya satu yang negatif?

Saya dah huraikan sebelum ini juga mengenai perkaitannya dengan SRP, tapi perkongsian kali ini kita lihat aspek positif yang di bawa oleh SRP, asyik yang negatif je kan? Nanti kena label anti-pembangunan pula =)

Tapi suka untuk saya ulang semula apakah syarat untuk SRP ini;

[1] Tak perlu deposit 10 peratus.
[2] Untuk yang pendapatannya min RM1500, max RM 3000
[3] Hanya untuk pembelian rumah pertama.
[4] Umur tidak lebih dari 35 tahun.
[5] Sudah di sahkan jawatan sekurang-kurangnya 6 bulan
[6] Harga rumah tertakluk daripada 100 ribu hingga 220 ribu sahaja

======================================================
**Perlu juga diingatkan walaupun 10% bayaran muka dijamin
oleh kerajaan bukan bermakna anda hanya membayar 90%
harga rumah, tapi anda membayar 100% harga ruman + interest
======================================================

Sistem yang dilaksanakan ialah, 10% dijamin oleh kerajaan kepada Bank melalui Cagamas Berhad supaya pihak bank tetap dengan sistem asalnya dan tiada perubahan besar pada sistem asal.

Semalam saya memandu menuju Kajang dan nampak satu iklan besar pembelian rumah yang bernilai RM190k++ dan terdetik di hati..

"Mungkin inilah kesan positif SRP"

Jika sebelum ini harga rumah (walaupun di Kedah) sukar untuk dibeli dengan harga bawah RM300k, perletakan syarat SRP dengan maksimum harga rumah RM220k sudah pasti akan menarik minat pemaju membina rumah dengan lingkungan harga yang ditetapkan dalam SRP. Mengabaikan jenis rumah dalam perbincangan ini, boleh dikatakan ianya satu perkembangan yang AMAT POSITIF kepada pembeli mahupun pemaju.

Sememangnya tujuan SRP secara dasarnya mahu meningkatkan kuasa pemilikan rumah untuk golongan muda (<35 tahun) dan dengan perkembangan ini (tindakan daripada pemaju) hasrat ini bakal mencapai matlamatnya. Suatu yang positif bukan? Tapi hampir pasti tiada yang bakal dibina dengan kos ini di kawasan 'HOT' seperti di Johor Bahru, kawasan-kawasan berdekatan LRT/Monorel/Komuter, jika ada pun pasti saya hantarkan proxy2 saya untuk membelinya sebelum anda! (just jOking =)

Jadi apa tindakan kita?

Rajin-rajinlah berjalan di pasaraya, melihat prospek rumah-rumah baru dan jika ada sekali lagi pameran Hartanah, terus serbu!

Ada pula suara-suara rungutan, kenapa kena ada minimum gaji RM1500, kurangkan lagi kepada RM1000 barulah 'mesra rakyat'. Saya rasa yang beri cadangan itu tidak faham dengan beban 'interest'. 100% hutang rumah pun sudah boleh dikatakan 'BEBAN HEBAT', dengan gaji RM1000 ianya bukan lagi beban hebat tapi sudah menjadi 'BEBAN DAHSYAT'

Saya dengar satu kenyataan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika di 'tembak' dengan soalan oleh ahli Parlimen dan beliau mengeluarkan kenyataan;

"SRP tidak berdaya maju"

Tidak pasti sama ada ianya dimasukkan di dalam akhbar atau tidak (saya dengar dari sedutan Parlimen di TV1), tapi kenyataan itu memberikan refleks bahawa SRP yang sedia ada ini sudah cukup minimum dan sebenarnya tidak memberi apa-apa keuntungan besar kepada kerajaan, dan dalam hal ini ucapan terima kasih harus diberikan kepada kerajaan (bukan mengampu, tapi yang benar harus diucapkan terima kasih )

Anda ambil SRP dan anda tahu mengenai beban hutang yang bakal anda tanggung, tapi anda 'compensate' dengan kelebihan yang bakal anda perolehi. Ketika itu anda nampak dan rasai 'sedikit' kemanisannya.

Harap sedikit perkongsian ini memberikan satu gabungan pemikiran yang positif yang bakal melahirkan sinergi bersama ke arah kebebasan kewangan!

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca