Peluang Bumiputera Peroleh Pakej Hartanah


sumber: myMetro

SHAH ALAM: Pelbagai pakej hartanah disediakan kepada Bumiputera di pameran rumah dan gaya hidup Bumi Expo Property & Lifestyle 2011 di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 29 April ini sehingga 1 Mei depan.

Ekspo anjuran Avenue Media Communications Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Muda, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Wilayah Persekutuan Putrajaya itu memberi peluang kepada Bumiputera mendapatkan maklumat mengenai pelbagai rumah yang dipromosikan pemaju hartanah.

Pengarah Urusan Avenue Media, Irani Khamis, berkata 25 syarikat pemaju hartanah mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan itu menyediakan ruang kepada pemaju hartanah dalam mempromosikan produk mereka di samping menjual kuota Bumiputera yang belum habis dijual seperti ditetapkan kerajaan.

Antara pemaju yang turut serta sepanjang tiga hari ekspo itu ialah Sunway City Bhd, Sime Darby Property Sdn Bhd, Glomac Bhd, Lebar Daun Development Sdn Bhd, IJM Land Bhd dan Seri Pajam Development Sdn Bhd.

Ekspo berkenaan akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma. Maklumat lanjut boleh didapati di www.bumiexpo.com, www.Rumah786.com atau di talian 03-78806545.

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca