Giliran Bank Islam Naikkan BFR

sumber: Utusan Meroyan


Bank Islam naikkan BFR

KUALA LUMPUR 11 Mei - Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) akan menaikkan kadar pembiayaan asas (BFR) daripada 6.30 peratus kepada 6.60 peratus berkuat kuasa mulai 16 Mei ini.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat berkata, kenaikan itu susulan daripada langkah Bank Negara Malaysia (BNM) meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus.

Keperluan Rizab Berkanun (SRR) juga ditingkatkan daripada dua peratus kepada tiga peratus. Kedua-duanya berkuat kuasa 16 Mei 2011.

Kali terakhir Bank Islam menaikkan kadar BFR adalah pada 13 Julai 2010 iaitu daripada 6.05 peratus kepada 6.30 peratus.


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca