Kadar BLR Naik Bagi Maybank, RHB

 

sumber: Utusan Meroyan


Kos pinjaman Maybank, RHB lebih tinggi

KUALA LUMPUR 10 Mei - Malayan Banking Bhd (Maybank) menaikkan kadar deposit dan kadar berian pinjaman asas (BLR)nya, masing- masing sebanyak 30 mata asas, berkuat kuasa 11 Mei.

Ia berkata BLR akan dinaikkan sebanyak 30 mata asas daripada 6.30 peratus setahun kepada 6.60 peratus.

Kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Islamic Berhad akan turut disemak naik sebanyak 30 mata asas kepada 6.60 peratus daripada 6.30 peratus, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semakan BLR Maybank dan BFR Maybank Islamic sebelum ini adalah pada 13 Julai tahun lepas apabila kedua-duanya disemak daripada 6.05 peratus setahun kepada 6.30 peratus.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, kumpulan perbankan RHB menyemak semula kadar pinjaman asas (BLR) bagi RHB Bank Bhd. dan kadar pembiayaan asas (BFR) RHB Islamic Bank Group kepada 6.60 peratus berkuat kuasa esok.

Kadar faedah baru juga berkuat kuasa kepada 3.05 peratus (bagi satu hingga dua bulan), 3.10 peratus (tiga hingga lima bulan), 3.20 peratus (enam hingga 11 bulan) dan 3.30 peratus (12 bulan).

Sementara itu, kumpulan itu juga mengumumkan pelantikan Kellee Kam Chee Khiong sebagai Pengarah Urusan RHB Capital berkuatkuasa hari ini.


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca