Pandai Mencari Pendapatan Tambahan Sahaja Tidak Memadai!


sumber: Email

Ramai di antara kita seringkali memikirkan bagaimanakah untuk menambahkan pendapatan sampingan. Pelbagai cara dicuba. Ada yang berjaya. Ada yang tidak. Malah, ada yang menyebabkan kita menanggung kerugian beribu-ribu ringgit. Ada pula yang menghalalkan yang haram semata-mata untuk mencari duit tambahan.

Tidak salah untuk mencari pendapatan tambahan. Tapi apa yang lebih penting lagi ialah untuk kita kembali kepada perkara paling asas di dalam perancangan kewangan. Sejauh manakah kita menggunakan dengan bijak setiap wang yang diperoleh pada setiap bulan? Jika benarlah pendapatan yang diperoleh pada setiap bulan tidak mencukupi, mengapa masih ramai mereka mereka yang berpendapatan sama atau kurang daripada kita dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik daripada kita? Mereka kelihatan lebih gembira dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.

Jika pendapatan kita ialah RM3,000 sebulan, ianya tidak pernah cukup jika kita membelanjakan sebanyak RM4,000 sebulan. Apabila gaji meningkat menjadi RM4,000, kita juga meningkatkan perbelanjaan kepada RM5,000 sebulan. Kesudahannya, duit yang kita ada TIDAK PERNAH CUKUP sampailah ke akhirnya.

Disinilah pentingnya kita mengawal perbelanjaan kita. Mungkin ada yang alergik mendengar perkataan “berjimat”. Tetapi kalau tidak berjimat pun, kita tidak akan memiliki semua yang kita kehendaki juga. Lebih parah lagi, kewangan kita tidak akan stabil dan hidup akan sentiasa resah gelisah.

Terdapat pelbagai cara untuk berjimat. Jika kena caranya, bukan sahaja dapat berjimat tetapi kita akan lebih sihat, gembira, ceria dan kaya ! Kalau kita lihat jutawan dan billionaire di seluruh pelusuk dunia sekalipun, pasti ada tabiat penjimatan yang mereka amalkan yang kadangkala kita pun tidak melakukannya. Sebab itulah mereka menjadi jutawan :) .

Untuk mendapat idea penjimatan yang menarik dan tidak membosankan, apa yang anda boleh lakukan ialah tanya kepada rakan-rakan yang bijak mengawal perbelanjaan dan kewangan mereka. Anda juga boleh mendownload banyak laporan dan ebook percuma yang bermnanfaat di internet.

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca