Berakhirnya Satu Perjalanan - Homestay Balqis


Assalamualaikum semua.

Lama betul aku tak update blog aku nih. Sorry lah...bila dah hal keje pun dah kena bawak ke rumah, memang tak sempat nak mengupdate blog nih. Alhamdulillah, minggu nih ada kelapangan sikit, boleh la aku aktif semula.

Dalam masa aku berhibernasi dari dunia blog nih, macam macam benda dah berlaku. Salah satunya ialah hal homestay aku. Terpaksa aku bagitau yang bisnes homestay aku terpaksa dihentikan. Tapi bukan kerana tak laku ye. Homestay aku nih memang ada permintaan. Tapi, ini atas permintaan jiran aku yang nak menyewa rumah aku. Rumah yang dia sewa sekarang tu dah nak kena lelong sebab owner tak bayar. Tapi bila masa nak mintak bayaran sewa dengan jiran aku nih, nak dinaik-naikkan je. So dia pun terpaksa cari rumah sewa lain.

Alang-alang bila dah nak bukak rumah untuk disewa, aku upkan la sekali iklan kat Mudah.my. Baru up setengah hari, dah ada 5 orang yang call. Lepas tu kena turunkan balik iklan, tak larat nak layan callers. At least dengan cara nih, aku tau la yang tempat aku tu masih ada lagi permintaan.

Besok, 6 orang, termasuk jiran aku nih akan datang tengok rumah. Lepas tu, proses tapisan akan bermula. Harap-harap proses berjalan dengan lancar.

p/s: Lama lagi aku nak refinance rumah nih. Tak sabau nak masuk auction lagi...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca