Hati-hati Dengan Jenayah Siber

Kredit gambar: MyNewsHub

Assalamualaikum semua...

Rasa dah banyak kali kes-kes macam nih berlaku, tapi tahap kesedaran di kalangan masyarakat kita masih rendah. Ini berikutan dengan jumlah kes yang berlaku setakat ini pada tahun ini adalah separuh daripada jumlah kes pada tahun lepas.

Analisis juga memberitahu bahawa kebanyakan kes adalah berpunca daripada perniagaan online, di mana pembeli diminta untuk membayar separuh harga barangan terlebih dahulu atas alasan 'booking'

Kena pandai-pandailah survey mana online shopping yang boleh dipercayai. Agak-agak kalau barang yang nak dibeli tu mahal harganya, baik beli kat kedai je. Terjamin sikit. Bukan senang nak dapat duit beb.

Lagi satu, kita sebar-sebarkan la maklumat tentang jenayah siber ni, terutamanya kepada mak ayah, sedara mara kita yang kurang arif tentang teknologi nih supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah ini.

p/s: teringat kes arwah Sosilawati pasal urusan jual beli tanah yang tak wujud tu...

Ramai tertipu jenayah siber

SUBANG JAYA 4 Sept. – Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit telah menyebabkan ramai rakyat di negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Subang Jaya, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin berkata, jenayah siber yang kerap dilakukan antaranya adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui Internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan.

“Penggunaan komputer dan telefon bimbit yang semakin canggih telah memudahkan operasi sindiket untuk menipu orang ramai,” katanya di sini baru-baru ini.

Ahmad Faizal berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber setelah mereka secara tidak sedar telah mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada ahli sindiket, yang menyebabkan wang simpanan mereka telah dipindahkan kepada pihak ketiga.

“Di Subang Jaya sendiri, jenayah siber didapati meningkat lebih 20 peratus sejak tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan kawasan ini juga mencatat jumlah tangkapan suspek paling banyak,” katanya.

“Oleh itu, kini kita boleh lihat jenayah yang berlaku kurang lagi melibatkan jenayah berbentuk kekerasan malahan mereka lebih cenderung untuk melakukan jenayah komersial di mana ia mudah bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada dikesan pihak polis oleh kerana mereka ini melakukan jenayah ini secara maya atau on-line,” katanya.

Beliau berkata, selain itu ramai pengguna Internet turut ditipu semasa membeli secara talian terus yang ‘sangat berisiko’ dan tidak dijamin kerana individu yang berminat perlu membayar terlebih dahulu sebelum mendapat produk mereka dan kebanyakan mereka tidak menerima produk yang ditempah.

“Justeru undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan agensi berkaitan juga perlu bekerjasama bagi menangani jenayah komersial terutamanya melibatkan jenayah siber di negara ini,” katanya.

Menurut statistik polis, jumlah kes dibuka pada 2010 ialah 1,050 sementara pada 2011 sehingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 500 kes dengan jumlah tangkapan pada 2010 ialah 300 sementara tahun ini sehingga Julai sebanyak 80 kes.

Jumlah kes yang berjaya diselesaikan pada 2010 ialah 800 sementara pada tahun 2011 hingga Julai ialah 200. – BERNAMA

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca