Info Jumaat

sumber gambar: SaljuHumairah


1. Mengkhususkan malam Jumaat untuk qiamullail dan siang Jumaat untuk berpuasa.

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat untuk melakukan Qiamullail, dan janganlah kalian mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa kecuali jika ia merupakan puasa yang sering salah seorang daripada kalilan lakukannya [Sahih Muslim: 1937]


2. Bercakap ketika khatib berkhutbah

Ibn Syihab berkata: Sa’id bin al-Musayyib memberitahu aku bahawa Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu menyatakan kepadanya bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang daripada kalian berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang sia-sia [Sahih al-Bukhari: 888]

3. Membuat hal lain ketika khutbah seperti berzikir, berdoa, bermain telefon bimbit, menderma wang ke dalam tabung masjid dan sebagainya

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, kemudian mendatani solat Jumaat lalu dia mendengar (khutbah) dan diam. Diampunkan untuknya apa yang ada antara hari itu dan Jumaat yang akan datang, dan ditambah tiga hari. Sesiapa yang menyentuh/bermain-main dengan batu kerikil (ketika khutbah) sesungguhnya dia melakukan hal yang sia-sia [Sahih Muslim: 1425]

4. Melakukan jual beli selepas azan kedua

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman. Apabila dipanggil untuk mendirikan solat pada hari Jumaat. Bersegerahlah untuk mengingati Allah, dan tinggalkan urusan jual beli" [Al-Jumu’ah: 9]

5. Melangkah tengkuk-tengkuk manusia semata-mata untuk mendapatkan saf hadapan

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu: Kami bersama dengan Abdullah Bin Busr, iaitu seorang sahabat nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, pada hari Jumaat. Datang seorang lelaki lalu melangkahi tengkuk-tengkuk manusia. Abdullah Bin Busr pun berkata: Seorang lelaki telah datang dan melangkahi tengkuk-tengkuk manusia pada hari Jumaat dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada lelaki tersebut: Duduklah, sesungguhnya engkau telah mengganggu (jemaah lain) [Sunan Abi Daud: 945, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

6. Memanjangkan khutbah dan memendekkan solat

Abu Wa’il berkata: ‘Ammar berkhutbah kepada kami dengan ringkas dan jelas. Ketika dia turun, kami berkata,”Hai, Abal Yaqzhan (kunyah ‘Ammar). Engkau telah menyampaikan dengan jelas dan ringkas, seandainya engkau panjangkan sedikit!” Dia menjawab,”Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,’Sesungguhnya panjang solat seseorang, dan pendek khutbahnya merupakan tanda kefahamannya. Maka panjangkanlah solat dan pendekanlah khutbah! Dan sesungguhnya sebahagian penjelasan merupakan sihir.[Sahih Muslim: 1443]

7. Berpuasa pada hari Jumaat tanpa puasa sehari sebelum atau selepasnya, kecuali ia hari yang seseorang biasa berpuasa seperti puasa Asyura dan sebagainya.

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah seseorang berpuasa pada hari Jumaat kecuali jika dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya [Sahih al-Bukhari: 1859]


8. Tidak bersegera datang ke masjid tanpa uzur. Padahal terdapat hadits tentang keutamaan bersegera datang ke masjid pada hari Jum'at.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa mandi pada hari Jum’at seperti mandi junub, kemudian bersegera (menuju masjid) maka seolah-olah berkurban dengan seekor unta; barangsiapa datang pada saat kedua maka seolah-olah berkurban dengan seekor sapi; barangsiapa datang pada saat ketiga maka seolah-olah berkurban dengan seekor domba jantan; barangsiapa datang pada saat keempat maka seolah-olah berkurban dengan seekor ayam, dan barangsiapa datang pada saat kelima maka seolah-olah berkurban dengan sebutir telur: kemudian jika imam datang (berkhutbah), para malaikat masuk untuk mendengarkan khutbah”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

9. Tidak melakukan shalat tahiyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah, dengan alasan mendengar khutbah adalah wajib sedangkan shalat tahiyatul masjid hanya sunat hukumnya. 
Hal ini tertolak dengan hadits : “Jika seorang dari kalian datang pada hari Jum’at sementara imam sedang berkhutbah, maka shalatlah 2 rakaat dan ringankanlah shalatnya tersebut”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca