Kecoh Caj Perkhidmatan Prepaid 6%

prepaid, bisnes prepaid
Kredit gambar: Lelong.com.my
Assalamualaikum semua...

Sekarang tengah heboh orang komplen cukai perkhidmatan akan dikenakan kepada pengguna telefon prepaid.

Apa tindakan kita sekarang? Kita boleh amek langkah-langkah seperti berikut:

1) Kita join la mana2 company yang menjual topup untuk menjadi agen topup mereka, macam prepaid4u lah, ezprepaid lah etc. So bila kita topup, kita dapat la balik komisen jualan tu kepada kita balik. At least dapat la jugak bape sen pun daripada tak dapat pape. Sambil tu, boleh la jual kat kengkawan jugak, dapat lagi komisen ke kita.

2) Ramai2 pakat amek postpaid. Lepas tu, bila terase nak cakap ngan member je, call aje la. Aku tengok trend orang sekarang sms pun dah lain macam. Nak cakap 1-2 perkataan pun dah sms. Kan rugi je tu...

3) Kalau taknak cakap, korang amek la broadband, pasang ke telepon pandai korang. Nak amek data plan pun boleh tapi mahal sikit la sebab kene pair dengan call plan. Sekarang nih pun dah banyak data plan yang murah2. Lepas tu korang chatting je la guna skype ke, google talk ke.

Itu antara beberapa suggestion yang boleh diberikan kepada korang. Aku tau suggestion2 tu takleh nak celen harga sms 1 sen tu. Tapi kalau dah rasa tak puas hati sangat dengan caj yang dikenakan, daripada merungut bagai anjing menyalak bukit, baik korang either dok diam, atau move on ke suggestion yang aku bagi tu...

p/s: Poket negara dah kering sangat2 dah tu...
sumber: Utusan

Cukai perkhidmatan 6% tambah nilai, kad SIM

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini.


Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.
Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.


Para pengguna juga boleh merujuk di laman sesawang telekomunikasi untuk maklumat lanjut atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.


Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.


Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.


Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998.


Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca