Maybank Akan Berwajah Baru


Assalamualaikum semua...

Bank rimau akan berwajah baru. Aku sebagai staff pun tatau macam rupa baru bank rimau. Tunggu je la petang nih ye...

Apa2 pun, dengan wajah baru ini, aku harap Maybank akan terus bergerak ke hadapan dengan mewujudkan produk-produk perbankan Islamik yang lebih kompetetif seiring dengan matlamat untuk menaikkan sistem perbankan Islamik di dunia amnya dan di Malaysia khususnya.

p/s: Mungkinkah akan lebih hensem dari AbangEnsem? Hehe
sumber: Utusan Meroyan

Wajah baru Maybank hari ini

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Malayan Banking Bhd. (Maybank) bakal melancarkan wajah baharu yang lebih segar, sejajar dengan kedudukannya untuk menjadi peneraju kewangan serantau.

Pelancaran wajah baharu Maybank itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Maybank esok.

Majlis bersejarah itu bakal dirai bersama kakitangan Maybank.

Pada wajah baharu itu, Maybank yang masih mengekalkan simbol harimau bakal memperkenalkan fon yang lebih kemas dan menyerlah.

Perubahan wajah kali ini dipercayai kali keenam dilakukan oleh Maybank sejak ia ditubuhkan.

Maybank menggunakan nama Malayan Banking Limited ketika awal penubuhannya pada tahun 1960.

Simbol harimau digunakan pada Maybank ketika logo kedua diperkenalkan 1962 semasa penyenaraian bank itu ke Bursa Malaysia.

Bank perdagangan terbesar negara itu juga beberapa kali menukar logo sehingga logo yang diguna pakai pada hari ini.

Serentak dengan perubahan itu, Maybank akan memperkenalkan wajah baharu di semua cawangan bank tersebut di seluruh negara dan operasi Maybank di luar negara.
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca