41 Belia Muflis Setiap Hari Kerana Gagal Urus Kewangan

pengurusan kewangan, muflis, tips kewangan
Kredit: Murkiester.com
Assalamualaikum semua...

3-4 hari lepas aku ada post statement dalam FB aku yang berbunyi:

"Golongan para graduan muda mempunyai debt-to-income ratio yang paling tinggi. Kalau setuju, sila 'Like' pada statement saya"

Tak ramai pun yang 'Like' statement aku tu. Mungkin ada yang tak perasan sebab aku post statement tu hari cuti. So, hari cuti tak ramai yang tengok FB kan? Hehe...

Hari nih dah ada keluar berita dalam paper yang sedikit sebanyak menyokong statement aku tu. Berita tersebut cerita pasal ramai belia sekarang yang muflis seawal umur 21 tahun! Tuh kira baru lepas graduasi!

Apa yang ingin ditekankan kat sini ialah pendidikan pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah. Pendidikan ini hanyak boleh didapati sama ada melalui didikan ibu bapa atau melalui pembacaan.

Jadi, statement seperti:

"Bila dah kerja nanti, duit pun akan datang" 

atau

"Rilek la beb, kita baru study lagi, tak perlu pikir pasal duit nih" 

dah tak boleh dipakai dah. Pengurusan kewangan mesti dimulakan sejak kecil lagi, iaitu dengan mengajar anak kita untuk menabung. Bila dah menjadi kebiasaan, maka insha-Allah, hal pengurusan kewangan akan menjadi mudah di masa akan datang.

p/s: Tabung susu anak aku dah penuh dengan duit syiling. Bila la nak pegi bank in nih...

-----------------------------------------------------------------------

41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.

Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.

Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca