Aktiviti Menyimen Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum semua...

Salam hari sabtu, hari yang paling ditunggu oleh semua orang yang keje makan gaji. Ada yang dok berehat dengan keluarga kat rumah. Ada yang keluar jalan bersama keluarga. Ada yang tak sabar-sabar nak tunggu tengok match Liverpool lawan Man Utd kat kedai mamak malam nih (aku la tu...)

Anyway, sementara nak tunggu match tu, pagi-pagi lagi aku dah kena cargas. Aktiviti hari nih - nak simen tanah kat belakang rumah. Bukan apa, tak tahan nak menebas lalang tiap-tiap minggu. Lastly amek keputusan nak simen aje tanah kat belakang rumah nih.

Pagi-pagi singgah kedai beli seguni pasir kasar & seguni simen. Seguni pasir kasar boleh bancuh dengan dalam suku guni simen. Lalang kat belakang rumah tu bersihkan betul, sembur racun rumpai sikit untuk make sure memang takde lalang tumbuh lagi. Bila dah kemas, baru la tuang campuran simen dengan pasir kasar tu.

Sebelum tu, make sure gaulan pasir kasar dengan simen tu dah betul-betul rata. Air pun jangan letak banyak-banyak sangat masa bancuh tu. Kalau tak, simen habis mengalir macam tu je, tak melekat dengan pasir.

Lepas dah tuang tu, touch up sikit dengan guna simen & air untuk nampak permukaan tu licin.

Aku share sikit gambar-gambar aktiviti pagi aku.

pelaburan hartanah, pelaburan emas
Lepas bersihkan lalang

pelaburan hartanah, pelaburan emas
Proses menggaulkan simen & pasir kasar

pelaburan hartanah, pelaburan emas
Bila dah rata, baru bancuh dengan air

pelaburan hartanah, pelaburan emas
Si kecik ni pun nak menolong jugak


pelaburan hartanah, pelaburan emas
Ni rupa bila dah tuang bancuhan simen tadi
pelaburan hartanah, pelaburan emas
Touch up sikit dengan bancuhan air & simen untuk bagi nampak licin

pelaburan hartanah, pelaburan emas
Selesai menyimen belakang rumah.
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca