Formula Perkukuh Kewangan

Kredit: FabulouslyFrugirl.wordpress.com

Assalamualaikum semua...

Setiap daripada kita mampu mengawal dan memperbaiki kewangan peribadi. Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah ni:

  1. Asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan. Sekiranya tidak mampu, cuba dengan 5% dahulu, kemudian ditingkatkan sekiranya lebih berkemampuan
  2. Rekod perbelanjaan kita. Ini dapat mengelakkan daripada pembelian berlebihan. Ini juga memberi lebih kawalan kepada diri sendiri untuk menentukan arah aliran wang keluar.
  3. Jangan berbelanja lebih dari kemampuan. Ini untuk mengelakkan diri kita daripada berhutang. Latih diri kita untuk kata tidak kepada kad kredit, kecuali jika kita berada dalam keadaan terdesak.
  4. Potong perbelanjaan dalam setiap kategori perbelanjaan sedikit demi sedikit. Usah terlalu drastik hingga menyebabkan kita tertekan dan berakhir dengan 'balas dendam' - iaitu berbelanja secara boros pada suatu masa kelak.
  5. Cari barangan yang tidak digunakan di sekeliling rumah untuk dijual semula. Bukankan lebih baik jika barang-barang yang lama masih boleh diperbaiki dan dijual semula daripada dibiarkan berhabuk bertahun tahun? Hasil jualan daripada barangan tersebut bolehlah disimpan untuk tujuan simpanan atau pembayaran hutang.
Apa tindakan anda selepas ini?

p/s: Boleh la start kemas rumah carik 'harta karun'...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca