Gaji Korang Untuk Siapa?

Kredit: MohdZulfadhli.com
Assalamualaikum semua...

Aku nak tanya korang semua. Gaji korang tiap-tiap bulan nih untuk siapa?

Untuk bank ke, sebab tiap-tiap bulan korang kena bayar duit installment kete dan rumah kat bank?


Untuk gomen ke, sebab tiap-tiap bulan korang kena bayar income tax melalui potongan bulanan?


Untuk Tesco, Giant atau Mydin ke, sebab tiap-tiap bulan korang kena bayar untuk beli barangan keperluan hidup?


Untuk kompeni minyak seperti Shell, Petronas dan sebagainya ke, sebab korang tiap-tiap hari korang kena bayar untuk beli minyak diorang?

Kalau dah semua gaji korang untuk orang lain, mana yang dikatakan 'gaji korang' tu? Itu bukan gaji korang, itu gaji mereka semua!

Satu-satunya yang dikatakan 'gaji korang' ialah simpanan korang tu.

Jadi, simpan la 10% daripada gaji korang untuk simpanan, paling sikit pun 1%. Walaupun korang cakap 1% tu sikit sangat, tak berbaloi...tapi dengan 1% tu lah korang boleh kata itu duit korang, bukannya duit orang lain. Dengan duit 1% tu lah korang boleh kembangkan untuk dijadikan sebagai modal untuk pelaburan korang akan datang.

p/s: teringat cerita seorang pakcik yang simpan 50sen sehari selama bape puluh tahun ntah untuk pergi haji...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca