Keje Renovation Nuri Court Selesai

Assalamualaikum semua...

Korang ingat lagi cerita pasal lantai bilik air leaking kat nuri court apartment 2 minggu lepas? Alhamdulillah, semuanya dah settle. Owner rumah bawah pun dah hantar sms bagitau dah takde air menitik lagi. Keje yang bagus dari bro Sufian and gang. Thanks jugak kepada bro Izwan yang meng'suggest'kan bro Sufian ni kat aku.

Actually, keje2 pembaikan tu dibuat dalam 2 minggu lepas. Tapi hari ni baru dapat buat posting. Kenapa start hari jumaat? Sebab plannya nak buat keje ni dalam masa 3 hari je. Tapi terpaksa extend sampai ke hari isnin sebab tak dapat kebenaran nak buat keje hari ahad. Tak diberitahu pulak hal ni masa isi borang kebenaran nak buat keje2 renovation sebelum tu. Hampeh betul management.

Nak dipendekkan cerita, keje2 repair tu settle dalam 4 hari. Aku beli barang total dalam RM400 consist of 3 guni simen (pakai 2.5 guni je, ada lebih), pasir 5 guni, simen gum 1 beg, waterproofing 2 botol & tiles dalam 70 keping (sebab nak buat untuk 2 bilik air). Kontraktor ni amek upah buat keje je.

Keje dia tak perlukan kopek mozek lama sebab menurut kontraktor aku tu, jarak level lantai bilik air dengan level lantai bilik tidur masih tebal lagi. So keje dia cuma buat beberapa lubang (dalam ratusan lubang jugak la) & sapu waterproofing. Biarkan kering dalam satu hari. Bila dah kering, dia bancuh simen campur sekali lagi waterproofing supaya nak bagi lagi kuat. Then lepas tu baru pasang tiles.

Keja2 finishing aku tak tengok tapi tenant aku cakap cantik la finishing dia. Apa2 pun nanti aku akan datang tengok jugak sebab nak pegi amek simen lebih dari rumah sewa aku tu.

Oklah, aku nak share sikit gambar2 masa dia buat keje hari Jumaat tu...

Kerja menebuk lantai...sampai pecah mozek tu

Hasil tebukan di bilik air lagi satu...

Mana-mana mozek yang dah tercabut tu akan dibuang dulu sebelum di sapu dengan waterproofing...
Waterproofing

Gambar2 finishing akan dipostkan lepas aku pegi rumah tenant aku tu...

p/s: Alhamdulillah...

Posted via Blogaway

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow kat sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca