MBSB Perkenal Pakej Pinjaman Rumah Terbaru

Kredit: RinggitYenBursaMalaysia.blogspot.com

Assalamualaikum semua...

Pakej pinjaman peribadi & perumahan terbaru diperkenalkan oleh MBSB.

Mungkin kepada pelabur-pelabur yang dah tak tau kat mana lagi nak cari loan bank, boleh la cuba pegi ke cawangan-cawangan MBSB yang berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej tersebut.

p/s Semalam usha-usha rumah lelong, hari nih dah keluar pakej macam nih...adakah ini petanda untuk aku menambah rumah lagi?

-----------------------------------------------------------------------

MBSB lancar pakej baharu pinjaman peribadi, perumahan

KUANTAN 9 Okt. – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) melancarkan pakej baharu pinjaman peribadi dan perumahan dengan kadar tetap serendah 3.5 peratus.

Ketua Perniagaan Runcitnya, Azman Aziz berkata, sebagai sebuah institusi kewangan, MBSB sentiasa berusaha mempelbagaikan produk yang ditawarkan kepada pelanggan dan pelancaran pakej baharu itu adalah khas untuk kakitangan kerajaan dan orang ramai.

“Selain menawarkan pembiayaan dengan kadar berpatutan, peminjam juga berpeluang mendapat hadiah lumayan berupa Sijil Simpanan Tetap bernilai RM260,000.

“Malah, melalui pakej baharu ini mereka juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM100,000 melalui cabutan pada Jun 2012,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Pembiayaan Peribadi MBSB di sebuah pusat membeli belah di sini, semalam.

Menurut Azman, pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan MBSB juga menawarkan hadiah menarik iaitu peminjam berpeluang memenangi sebuah kondominium A’ Famosa, Melaka yang dilengkapi dengan perabot.

“Justeru, melalui pendekatan turun padang seperti ini dengan mengadakan karnival di beberapa negeri diharap dapat mendekati pelanggan dengan lebih mudah terutama dalam memberi informasi dan khidmat nasihat,” jelasnya.

Selain itu, Azman berkata, produk utama pembiayaan runcit MBSB iaitu Pembiayaan Peribadi-i menjadi penyumbang utama kepada peningkatan aset peminjam.

“Malah, pinjaman ini boleh juga digunakan untuk tujuan pendidikan, pelaburan dan perubatan,” katanya.
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca