PHB Umum Dividen 3.25 Sen Seunit

Assalamualaikum semua...

PHB dah umum dividen kali kedua sebanyak 3.25 sen seunit. Dividen untuk yang pertama sebanyak 2.17 sen seunit. Total dividen untuk 10 bulan yang pertama tahun ni sebanyak 5.42 sen seunit. Dianggarkan dividen untuk setahun sebanyak 6.5 sen seunit.

Rasa-rasa untung ke tak?

p/s Garu kepala nak kata untung ke tak...


Amanah Hartanah Bumiputera, Pelaburan Hartanah Berhad, AHB

PHB umum agih pendapatan kali kedua

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) mengumumkan pengagihan pendapatan kedua sebanyak 3.25 sen seunit untuk Dana Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 September 2011.


Pengagihan ini mencerminkan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus, yang ditanda aras terhadap pendapatan 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamic Berhad.


PHB merupakan penaja dan Maybank Investment Management Sdn. Bhd., selaku pengurus bagi dana tersebut.


Jumlah pengagihan pendapatan untuk sepuluh bulan pertama berakhir pada 30 September 2011 adalah 5.42 sen seunit bersamaan kadar pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus.


Pengagihan pendapatan yang pertama sebanyak 2.17 sen seunit bagi tempoh empat bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2011 telah dibayar pada bulan April 2011, kata PHB dalam kenyataannya di sini.


Agihan pendapatan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemegang-pemegang unit pada 19 Oktober 2011. Pendapatan itu adalah dikecualikan daripada cukai.


AHB dengan harga tetap RM1.00 seunit adalah dana unit amanah bersandarkan hartanah yang mematuhi syariah, membolehkan pelabur bumiputera menyertai pemilikan aset hartanah dan menikmati pendapatan tetap.
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca