Projek PR1MA Terus Diperluaskan

Assalamualaikum semua...

Lagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diperluaskan ke 2 "kawasan sungai" iaitu Sungai Besi & Sungai Buloh.

Untuk perkongsian semua orang:
  • Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
  • Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
  • Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.
  • Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.
  • Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
  • Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai.
  • Berpeluang mendapat pembiayaan sehingga 105%
  • Berpeluang mendapat tempoh bayar semula sehingga 30 tahun
  • Boleh menggunakan sebahagian KWSP

p/s: Ada sesiapa dah memohon untuk projek PR1MA ni? Boleh sharekan pengalaman korang?

-----------------------------------------------------------------
Kredit: Malaysia-kini.com

PR1MA: Bersama bangun rumah mampu milik

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bersedia menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan projek perumahan mampu milik untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 hari ini berkata, beberapa pemaju telah menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti tersebut.

Katanya, PR1MA akan memainkan peranan supaya proses pengagihan untuk projek-projek ini dijalankan secara telus dan adil melalui sistem pengundian terbuka.

"Kerajaan bercadang memajukan beberapa bidang tanah pemilikan kerajaan di sekitar Sungai Besi dan Sungai Buloh untuk projek demikian.

"Kerajaan juga akan mengenalpasti kawasan-kawasan berhampiran stesen My Rapid Transit (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) atau pengangkutan awam sebagai lokasi utama untuk PR1MA," katanya.

Najib berkata, kerajaan juga mencadangkan had maksimum harga rumah bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari tahun hadapan.

"Selain itu kerajaan juga akan menggalakkan kaedah bina dan jual. Pembeli hanya membayar ansuran selepas rumah siap dan skim ini akan dilaksanakan bagi rumah di bawah RM600,000 sebuah," jelasnya.

Bagi menyediakan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, kerajaan juga akan meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan membina 8,000 buah rumah disewa dan 7,000 buah dimiliki tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM443 juta.

Kerajaan juga akan menambah peruntukan kepada Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) pada tahun hadapan bagi membina 10,000 buah Rumah Mesra Rakyat dengan nilai RM45,000 sebuah, subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap rumah.
 Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca