Rezeki Yang Cukup vs Rezeki Yang Tidak Cukup-cukup!

skim rumah pertamaku, pelaburan emas
Kredit: An-Naba.com
Katalah, kita memiliki wang lima puluh ringgit. Tiba-tiba seseorang yang datang memerlukan pertolongan datang memohon bantuan. Terkesan dengan kesusahanya, kita menghulurkan bantuan. Kita hulurkan separuh wang yang ada kepadanya - dua puluh lima ringgit.

Maka yang tinggal buat kita ialah bakinya dua puluh lima ringgit lagi. Dengan itu, apakah wang kita bertambah atau berkurang?

Tentu sahaja jawapan kita ialah berkurang. Jumlah wang kita telah susut dua puluh lima ringgit.

Itulah jawapan kita. Tetapi bukan itu "jawapan" Allah. Bagi Allah, sekiranya hati kita ikhlas membantu, wang kita tidak akan berkurang, malah semakin bertambah. Perhatikan benar-benar maksud firman Allah ini:

"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya." (Surah al-Baqarah: 261)

skim rumah pertamaku, pelaburan emas
Kredit:TrekEarth.com
Dilihat dengan padangan biasa, memang wang kita meyusut, tetapi pada pandangan mata hati, wang kita sebenarnya telah bertambah. Bertambah bukan setakat sekali, dua kali atau tiga kali ganda, bahkan tujuh ratus kali ganda. Jika dinisbahkan secara matematik wang RM25 kita telah "bertambah" menjadi RM17,500!

Bagaimana boleh jadi begitu? Dan yang lebih kritikal lagi apakah benar begitu?

Rezeki yang "bertambah" tidak boleh dilihat dari segi jumlahnya sahaja. Tetapi harus dilihat daripada pelbagai dimensi, secara holistik. Yang paling penting mari kita lihat dari segi keberkatannya.

Ya, dalam soal rezeki, bukan soal banyak atau sedikit sahaja yang harus dipertimbangkan, tetapi sama ada berkat atau tidak. Kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Berbanding rezeki yang hilang berkat, sedikitnya tidak mencukupi, banyaknya tidak puas. Inilah penyebab berlakunya rasuah dalam kalangan orang atasan - apabila si kaya harta, masih miskin jiwa akibat terhakis keberkatan rezekinya.

Kita yakin Allah adalah al-Razzak (Maha Pemberi Rezeki) dan al-Wahhab (Maha Pemberi). Apabila seorang insan memberi kepada insan lain hanya kerana ingin mendapat keredaan Allah, maka Allah akan "menggantikan" pemberiannya itu dengan sesuatu yang lebih baik, malah lebih banyak - mungkin tidak dari segi kuantitinya, tetapi boleh jadi kualitinya. Secara mudah, ini yang dimaksudkan dengan barakah (sesuatu yang bertambah dan baik).

Tepat sekali apa yang pernah diungkapkan oleh Sayidina Ali:

"Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah."

Justeru, boleh dikatakan bahawa rezeki itu bukanlah sesuatu yang kita terima, sebaliknya apa yang kita berikan.

Semakin kita berikan, rezeki (boleh jadi dalam bentuk harta, ilmu, masa, tenaga) akan menjadi semakin "bertambah", apabila dibelanjakan di jalan Allah. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu kepunyaan kita. Mati boleh datang tiba-tiba. Sebaik kematian datang, rezeki kita sudah bertukar tangan. - menjadi pusaka dan warisan setelah difaraidkan!

Perhatikan betapa ada orang yang pendapatannya kecil sahaja, tetapi oleh kerana berkat, hidupnya terarah, anak-anaknya baik, insterinya solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya.

skim rumah pertamaku, pelaburan emas
Kredit: PakarHowTo.com
Ada pula si kaya yang wangnya melimpah ruah namun "kaya" juga dengan masalah.. Isteri melawan cakap, anak-anak liar, para pekerjanya menipu, orang gaji sering lari dan seribu satu lagi masalah hidup. Dan anehnya kekadang duitnya dirasakan tidak pernah cukup-cukup.

Kalau kita diberi pilihan mana satu keinginan kita, antara rezeki yang cukup dengan rezeki yang tidak cukup-cukup? Tepuk dada, tanyalah iman.

(sumber: Majalah Solusi)

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

1 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca