Service Celcom Broadband Yang Mendukacitakan

pelaburan hartanah, pelaburan emas, buat duit
Celcom Broadband
Assalamualaikum semua...

Maaflah sebab lewat update blog aku. Rasa marah pun ada. Yelah, mana taknya, Celcom Broadband ada service interruption. Call helpdesk, kata ada service upgrade. Lepas tu, tak bagitau pulak bila estimation time bila service akan ok balik.

Pada pendapat aku la, kalau pun ada service interruption, mereka sepatutnya bagitau la estimation time bila service mereka akan ok semula. Dengan ini, customer takde la tertunggu2 sambil merungut pasal service yang tak memuaskan.

Tapi bagi aku ok la sebab aku pakai broadband prepaid. Aku kesian pada mereka yang pakai postpaid. Tiap-tiap bulan bayar, tapi kalau kerap sangat ada service interruption, macam sedekah je tetiap bulan kat Celcom.

Astro pun macam gitu gak. Bayar tetiap bulan, tapi time hujan je terus takde service. Cerita pun asyik ulang-ulang je. Bayar buta-buta je tiap-tiap bulan. Kena suggest kat Astro untuk buat Astro prepaid. Tolak kredit bila tengok je. Time tak tengok, tak payah charge. Baru berbaloi kepada pengguna!

Apa kata korang? Sokong tak?

p/s: Bil astro dah terbayar lebih dek kerana tersetup 2 kali masa buat auto billing. Nak kene report jugak nih...

Posted via Blogaway

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow kat sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca