Skim Rumah Pertamaku - Had Pendapatan Isi Rumah Akan Dinaikkan

Skim Rumah Pertamaku, buat duit, pelaburan hartanah
Kredit: TipsHartanah.com
Assalamualaikum semua...

Kerajaan nak kaji semula had pendapatan untuk pemohon Skim Rumah Pertamaku.

Aku rasa bagus la. Bukan apa. Kalau harga rumah dah tinggi, tapi yang had pendapatan still sama RM3k je, mana boleh nak cover duit installment rumah. Mau 2/3 daripada jumlah pendapatan isi rumah pegi bayar duit rumah je.

Lagipun, sekarang nih kalau duduk kat KL, jumlah pendapatan isi rumah sebanyak 4k-5k tu dah kira dalam golongan miskin aku rasa. Mana taknya, harga barang dah naik. Keluar rumah je, pondok tol dah menunggu. Tu belum lagi duit minyaknya lagi, banyak habis dalam traffic jam je.

Kira bagus la kalau nak naikkan had pendapatan isi rumah tu. Lagi mahal harga rumah, lagi tinggi installmentnya. So better naikkan jugak had pendapatan isi rumah tu dari RM3k ke RM6k-7k ke. Ramai la yang akan dapat merasa.

p/s: aku dah tak layak dah nak memohon dah. Mana yang belum ada rumah tu, baik apply skim nih.

-------------------------------------------------------------

Rumah Pertamaku: Pendapatan dikaji semula
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Had kelayakan pendapatan bagi memohon Skim Rumah Pertamaku akan dikaji semula selaras dengan kenaikan maksimum harga rumah di bawah skim itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, had pendapatan isi rumah dianggarkan akan meningkat dua kali ganda kepada RM6,000 hingga RM7,000 berbanding RM3,500 ketika ini.
"Bagaimanapun had pendapatan isi rumah baharu nanti akan ditentukan berdasarkan kajian oleh bank-bank tempatan.
"Peningkatan had gaji maksimum itu adalah wajar kerana kita tidak mahu pemohon skim tersebut dibebani dengan bayaran bulanan yang tinggi setiap bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi sentuhan telefon mudah alih Kurnia Insurans di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kurnia Insurans Berhad, Wong Kim Teck dan Ketua Pegawai Operasi Maxis Berhad, Jean Pascal Van Overbeke.
Sebelum ini, Najib mengumumkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 dan ia boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.
Skim itu dilancarkan Mac lalu bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan perubahan tersebut bagi menambah baik skim berkenaan.


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca