Tahniah Kepada Semua Graduan!

Gaya aku kalau aku berkonvo...
Assalamualaikum semua...

Hari ni aku kat kampung kat Melaka. Balik sebab wife aku nak berkonvo sabtu ni kat UTeM. Aku nak ucapkan tahniah kepada wife aku yang tersayang sebab dah habis buat master. Teruskanlah dengan buat PHD pulak lepas ni.

Kepada mereka yang juga akan berkonvo atau telah berkonvo, tahniah untuk korang semua. Juga, selamat datang ke alam pekerjaan.

Jangan lupa, persiapkan diri korang dengan ilmu kewangan dengan secukupnya. Jangan terjebak dengan hutang yang tidak sepatutnya seperti mana dalam entri aku yang lepas, yang mana 41 belia kita setiap hari diisytiharkan muflis di bawah usia 40 tahun. 

Mulakan alam kerjaya dengan membeli asset, bukan liabiliti. Ingatlah, korang dah ada hutang yang terbeban ke atas diri korang walaupun baru je keluar dari alam persekolahan. Jadi, janganlah ditambah lagi dengan hutang yang tak diperlukan.

Sekali lagi, tahniah kepada semua graduan dan selamat datang ke alam realiti/alam pekerjaan.

Posted via Blogaway

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow kat sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca