Ketua Keluarga Bijak Perlu Rancang Kewangan

Unsur penting dalam membentuk keluarga sejahtera dan stabil ialah dengan cara merancang dan menguruskan kewangan dengan bijak dan tepat. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan.

Mengurus kewangan amat penting dalam sesebuah keluarga kerana ia membolehkan keluarga terutama ketua keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada.

Ketua keluarga mestilah bijak  menguruskan kewangan keluarga
Kredit: Cinta Imaginasi

Pengurusan kewangan juga membolehkan ketua keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

Oleh itu, keperluan dan kehendak itu banyak, sedangkan wang terhad, keutamaan perlu ditentukan. Sebelum membelanjakan wang, tanya diri sendiri apakah sesuatu benda atau khidmat yang dibeli itu penting? Apakah ia tidak boleh ditangguh?

Antara kesilapan besar dalam mengurus kewangan ialah sikap gemar berhutang berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kredit (kad kredit) yang menjadi cara hidup masyarakat masa kini menyebabkan ramai individu mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan jangka panjang.

Membuat pembayaran secara ansuran biasanya lebih mahal dipanjangkan bayaran tunai kerana caj kewangan dikenakan seperti faedah dan caj perkhidmatan menyebabkan lebih terhad peluang berbelanja di masa hadapan.

Patuhi rancangan

Lima elemen dalam proses merancang kewangan iaitu mengurus, memantau, menentukan jumlah wang yang diperlukan dan untuk apa, membentuk rancangan berbelanja dan membentuk rancangan yang dibuat perlu diamalkan ketika anda merancang kewangan.

Mulakan dengan merujuk rekod kewangan seperti penyata bank, slip gaji, cukai pendapatan dan penyata kad kredit tahun lalu yang memberikan gambaran realistik mengenai berapa banyak pendapatan yang diperoleh dan di mana wang dibelanjakan.

Posted via Blogaway

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow kat sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca