Beli Ikut Keperluan, Bukan Ikut Orang

Samsung galaxy tab

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku teruja sikit sebab ada gadget baru kat rumah ni. Walaupun bukan aku punya, tapi boleh la juga aku try sama. Orang kata dapat tempias jugak la.

Kenapa tak beli Samsung Galaxy Tab Pro atau Samsung Galaxy Note?

Selain daripada kerana harganya yang memang mahal, gadget tu dibeli kerana menepati bajet yang dimahukan oleh mem aku.

Lagipun, dia beli gadget untuk kegunaan pHDnya. Jadi, tak perlu la beli yang terbaru. Tokey kedai tu pun cakap:

"I tak boleh nak kata mana satu bagus, tapi you beli la ikut apa yang you maa...kalau you beli barang bagus tapi guna untuk call, sms, baik you angkat henpon biasa2 maa..."

Betul jugak kata tokey tu. Ramai orang beli ikut trend masa kini. Macam cerita P.Ramlee Ali Baba tu la part orang kaya mintak penyamun kidnap dia:

"...apa orang mau beli, semuanya dia mau beli. Orang beli rumah baru, dia mau rumah baru...orang beli baju baru, dia mau baju baru...itu pasal, saya mau tuan tolong kidnap sama saya..."

So, pengajaran untuk hari ini - beli la ikut keperluan, bukan ikut orang...

p/s: mana nak cari cerita P.Ramlee nih...

Posted via Blogaway

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow kat sebelah tu~!!

1 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca