Harga Rumah 2012 Bakal Jatuh?

harga rumah 2012 3 Harga Rumah 2012 Bakal Jatuh? Pasaran Hartanah Di Malaysia Dijangka Lembap
Dah ramai yang merungut, harga rumah semakin melambung tinggi padahal perumahan pun keperluan asas rakyat Malaysia juga. Tetapi….tetapi ramai yang meramalkan harga rumah 2012 bakal jatuh merudum.
harga rumah 2012 2 Harga Rumah 2012 Bakal Jatuh? Pasaran Hartanah Di Malaysia Dijangka LembapPASARAN hartanah tempatan dijangkakan menyaksikan kelembapan secara beransur-ansur tahun depan, mengambil kira ketidakpastian dalam ekonomi global.
Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Yeow Thit Sang, berkata unit kediaman mewah sudah pun mengalami penurunan dalam harga dan pembelian.
“Semakin kurang pegawai dagang dari syarikat multinasional (MNC) yang datang ke sini dan sewa dengan hasil antara enam hingga lapan peratus tidak lagi mampu dicapai. “Pelabur dalam unit hartanah sebegini perlu menunggu lebih lama untuk merealisasikan pelaburan mereka. Kelembapan dalam ekonomi global pastinya memberi kesan kepada pasaran hartanah mewah,” katanya kepada BERNAMA dalam satu temu bual baru-baru ini.
Yeow yang turut menjangkakan penurunan untuk ruang pejabat tahun depan, berkata kategori berkenaan sudah terlebih bina dan jumlah yang masih belum terjual sudah dirasai di pasaran dengan sewa mengalami kejatuhan dan kadar pengambilan agak perlahan.
Bagaimanapun, katanya, terdapat permintaan besar untuk kediaman kos sederhana rendah dan kos sederhana di bawah RM300,000 apabila kebanyakan pemaju membina unit mewah untuk meraih untung pada masa yang baik.
“Usaha kerajaan dalam membina hartanah sedemikian secara usaha sama dengan pemaju akan membantu mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik. “Membina kediaman sedemikian tidak akan cukup cepat untuk melegakan permintaan yang tertahan dalam masa lima tahun lalu,” katanya.
Jatuh harga rumah? Betulkah akan jatuh? Kalau yang jatuh daripada harga RM3.5 juta kepada RM1.5 juta pun masih ramai lagi yang belum mampu untuk membelinya. Yang mana ada perancangan untuk beli rumah tahun 2012 dan mengharapkan harga rumah secara keseluruhannya akan jatuh, diharap janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi.

Bagi kami, harga rumah yang akan jatuh pada tahun 2012 ini, kami jangkakan harga rumah bawah RM400,000, RM300,000 masih tidak akan terjejas. Kalau dahulu, pemaju banyak fokus kepada super-super kondo untuk menjana keuntungan besar dengan lebih cepat, sekarang ini permintaan dilihat lebih banyak beralih kepada rumah-rumah sekitar RM400,000

Cuma, contoh seperti yang kami katakan tadi, harga  rumah-rumah super kondo & rumah-rumah mewah yang bernilai RM1 juta akan menurun sekitar 20, 30% menjadi RM700,000. Berapa ramai rakyat Malaysia yang pendapatan biasa-biasa sahaja utnuk memiliki rumah yang harganya luar biasa? Masih lagi harganya jauh diluar kemampuan majoriti rakyat biasa.

harga rumah 2012 Harga Rumah 2012 Bakal Jatuh? Pasaran Hartanah Di Malaysia Dijangka Lembap

Masalah harga rumah tidak boleh dipandang enteng. Sejarah dah pun membuktikan negara Sepanyol, jatuh terduduk ekonomi mereka sehinggakan kadar pengangguran dah mencecah 21%. Golongan muda yang tidak mendapat pekerjaan pula dah mencecah lebih 50% di sana. Ini semua akibat daripada ledakan nilai hartanah di Sepanyol yang sudah mencapai kepada angka tidak munasabah.

Di Malaysia cukup unik sistemnya. Syarat-syarat untuk membeli rumah kepada “orang asing” amatlah longgar. Itu sebabnya, letaklah harga tinggi-tinggi, juta-juta sekalipun, masih lagi laku di mata rakyat Singapore contohnya.  Rakyat Malaysia? Rakyat Malaysia hanya mampu memandang & diam seribu bahasa. Sampai bila?

Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah : 
  • Kenakan RPGT 75%
  • Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja. Ini ada yang kami tengok sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
  • Tarik balik pengecualian cukai RM10,000 daripada cukai pendapatan
  • Akhir sekali kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera.
Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan akan melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal?


(sumber: BeritaSemasa.com)

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca