Internet Coverage - Satu Keperluan

suasana kampung
Suasana di kampung...tak sama macam di bandar

Assalamualaikum semua...

Ape kabar semua? Macam mana musim cuti sekolah korang? Mesti seronok kan sebab dapat spend masa dengan family korang.

Bagi mereka yang bujang tu, musim cuti sekolah tu takde la dalam kamus korang. Hari mereka sama seperti biasa.

Hari ni takde nak cerita pasal kewangan ataupun pasal hartanah. Just nak bersantai bersama kawan2 maya je.

Actually aku tengah menemani mem aku yang tengah buat research pHDya kat Mydin Melaka ni. Kenapa Mydin? Sebab kat sini ada free WIFI. Senang sikit nak buat research. Kalau nak pakai broadband pun boleh. Tapi dah ada yang free, pakai je la.

Tentu korang tertanya, nape tak dok rumah je dan pakai broadband yang aku ada ni?

Haaa, jawapannya kerana kat area rumah aku ni coverage internetnya tak bape bagus sangat. Itulah masalah utamanya. Kalau setakat nak posting status kat fb atau twitter tu, boleh la lepas. Tapi kalau nak browsing, mengantuk dibuatnya.

Cakap pasal internet nih, boleh la aku selit sikit pasal hal rumah sewa ni. Sekarang ni, internet dah menjadi keperluan asas untuk semua orang. Dah tak masuk kategori kemahuan dah. Kita mahu semua tempat yang kita pergi ni ada kemudahan internet. Hatta, di rumah sekalipun.

Oleh itu, kepada pelabur2 hartanah sekalian, salah satu kriteria penting yang perlu diambil kira dalam memilih hartanah adalah taraf coverage internet di kawasan tersebut. Tak kira lah untuk rumah sendiri ataupun rumah sewa. Ia juga boleh, sedikit sebanyak, mempengaruhi kadar sewa yang ingin ditetapkan kalau hartanah tu dijadikan rumah sewa.

So, lepas ni, kalau nak pergi buat survey tu, bawak la sekali phone yang ada data plan ataupun modem korang tu. Jangan nanti bila dah beli rumah tu, asyik menyumpah je sebab kawasan rumah tu takde internet coverage.

p/s: Tercerita jugak pasal hartanah..ingatkan taknak cerita..

Posted via Blogaway

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow kat sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca