Sedikit Motivasi Di Hari Isnin

good attitude, bad attitude
The difference between a good day and bad day is YOUR ATTITUDE!

Assalamualaikum semua...

Macam mana semua hari ni? Dapat rehat yang secukupnya di hujung minggu? Kalau ye, alhamdulillah. Kiranya hari ni boleh mulakan kerja dengan semangat yang baru.

Ataupun masih lagi dengan simptom 'Monday Blues'? Aku pun tak tau macam mana boleh wujudnya simptom tersebut. Nak kata tak cukup rehat, rasa 2 hari tu rasa dah cukup dah untuk berehat.

Ataupun mungkin kerana hujung minggu kita dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti lain bersama keluarga, kawan-kawan ataupun makwe/pakwe masing?

Apa-apa pun, sepatutnya simptom tu tak patut ada sebab kita yang merancang apa yang kita nak buat. Dan sepatutnya kena la terima hakikat yang kita ni kena keje start hari Isnin.

Semua itu bermula dari 'mindset' kita. Kalau kita setkan otak kita untuk berfikiran positif, maka hari Isnin kita akan bermula dengan positif. Tetapi kalau kita rasa lemah semacam je bila datangnya hari Isnin, itu juga datang dari 'mindset' kita.

So, mulakan minggu korang dengan 'mindset' positif!

Posted via Blogaway

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow kat sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca