Graduan Baru Perlu Celik Wang

Segulung ijazah tiada gunanya jika tiada
pengurusan kewangan dalam hidup

Setiap tahun, beribu-ribu graduan baru memasuki pasaran kerja. Ini bermakna bermulanya sebuah kehidupan baru untuk mereka yang dijangka mencari pekerjaan dan nafkah hidup. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Tuan Mohamed Akwal Sultan, rata-rata graduan yang baru memulakan pekerjaan biasanya menghadapi tidak cukup wang kerana banyak komitmen diperlukan.

Setelah mendapat pekerjaan, baru banyak cabaran yang bakal dihadapi tatkala menempuh dunia sebenar. Salah satunya ialah cabaran kewangan. Bila mendapat gaji pertama, ketahuilah sudah ada komitmen yang mesti ditunaikan.

Jadi, langkah pertama ialah menyenaraikan semua hutang yang anda terpaksa bayar, contohnya pinjaman pelajaran. Kalau boleh ambil inisiatif untuk menelefon syarikat penaja pelajaran anda dan berunding tentang rancangan pembayaran semula. Sekarang anda sudah pun tahu akan nilai ansuran bulanan yang perlu dibayar.

Kedua ialah perbelanjaan untuk hidup seperti premium insurans, sewa rumah, bil telefon, bil air/elektrik, pengangukutan dan makanan.

Ketiga, senaraikan punca-punca pendapatan yang bakal anda dapati, contohnya gaji full-time atau komisen part-time atau bantuan ibu bapa. Gaji sepenuh masa merupakan gaji bersih setelah ditolak caruman EPF/SOCSO dan cukai pendapatan sekiranya relevan. Kemudian cuba lihat sama ada masih berbaki selepas ditolak semua perbelanjaan. Inilah lebihan (surplus) anda, inilah batu asas kekayaan anda yang membolehkan anda mengumpul harta (dan juga hutang…)

Jadual – Penyata Pendapatan Perbelanjaan
PENDAPATAN
RM
PERBELANJAAN
RM
Gaji bersih
1,500
Handphone
200


Makanan
200


Pengangkutan
150


Bil Elektrik & Air
15


Sewa bilik
250


Pinjaman Pelajaran
110


Insurans
150


Elaun untuk keluarga
200
Jumlah keseluruhan
1,500
Jumlah keseluruhan
1,275


LEBIHAN
225

Sebenarnya anda sudah pun mencipta satu sistem perancangan kewangan dengan melakukan perkara di atas. Sistem anda patut direkodkan setiap bulan dan dipantau. Peralatan yang boleh digunakan – diari, spreadsheet seperti Microsoft Excel atau perisian kewangan seperti Quicken atau Microsoft Money. Kelebihan menggunakan perisian kewangan ialah anda boleh memasukkan wawasan kewangan anda dan kemudian membuan simulasi. Contohnya anda boleh menentukan berapa yang patut disimpan setiap bulan dan tempoh simpanan diperlukan untuk mengumpul deposit membeli pangsapuri atau rumah idaman.

Pengangkutan satu lagi factor untuk difikirkan. Memang best ada kereta, kalau percuma tidak mengapa tapi adakah bijak membeli kereta sendiri? Jawapannya boleh tapi asalkan tidak membocorkan aliran tunai anda. Kereta dibeli bukannya untuk berlagak tetapi untuk kesenangan bergerak. Kereta juga ialah aset yang dijamin akan merosot nilainya (bandingkan dengan rumah). Entah-entah kereta akan “makan” lebih banyak daripada anda. Lihat sendiri jadual berikut yang menunjukkan bahawa anda terpaksa menyediakan tambahan RM337 sebulan untuk kereta kesayangan. Ini belum lagi mengambil kira bayaran ansuran pinjaman kereta.

Jadual – Perbelanjaan Kereta Tahunan
PERKARA
RM
Insurans/Takaful
650
Cukai Jalan
200
Petrol (RM100 sebulan)
1,200
Servis
500
Lain-lain (Tol dan parking)
1,500
JUMLAH (Kira-kira RM 337 sebulan)
4,050

Jangan melupai kepentingan insurans/takaful. Kebolehan anda melakukan kerja untuk majikan bergantung kepada dua faktor – iaitu keupayaan anda dan kesihatan anda. Mutu kedua-dua faktor ini boleh merosot dan mengakibatkan beban kewangan kepada anda. Biasanya pihak majikan ada menyediakan insurans berkelompok. Bila sudah menerima surat perlantikan, lihat kontrak insurans tersebut. Apakah sekiranya anda berkeluarga perlindungan tersebut boleh dilanjutkan secara percuma? Ketahui juga jenis perlindungan yang diberikan – adakah ia insurans hayat, insurans kemalangan atau insurans perubatan? Kalau ada kekurangan dari segi faedah, lengkapkan dengan mengambil insurans peribadi. Insurans sebegini boleh menjadi satu sistem “pelaburan/simpanan” paksaan yang bakal mendisiplinkan anda.

(sumber: Mingguan Wanita)

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca