Komen Tentang SARA 1Malaysia


Assalamualaikum semua...

Lepas berita tentang Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) keluar semalam, ramai orang bertanyakan tentang macam mana nak turut serta dalam skim tersebut.

Ada jugak yang bertanyakan tentang boleh tak guna duit KWSP untuk melabur dalam skim tu.


Tak ramai yang bertanyakan tentang 'halal' ke tak skim yang dibuat kerajaan itu. Macam dalam artikel yang aku copy semalam, ada beberapa persoalan yang ditimbulkan di akhir-akhir artikel tersebut. Aku pastekan sekali lagi kalau kot2 ada yang ter'miss' baca.



Bagaimana? Anda berminat dengan tawaran skim Sara 1Malaysia? Walaubagaimanapun sebelum itu, di sini kami ada beberapa persoalan yang mana diharapkan kerajaan dapat menjawabnya kelak, mungkin baru lagi jadi sesetengahnya masih lagi samar-samar dikalangan ramai. Antaranya ialah :
  • Kerajaan ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1Malaysia ini? Patuhi shariah compliance atau tidak?
  • Sebelum ini kecoh dikatakan pulangan tetap dalam saham internet/MLM adalah haram, ini adalah maklumat yang berkaitan pengharaman. Seperti apa yang berlaku dalam Swisscash contohnya, duduk diam dapat duit.
  • Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.

Aku ada baca satu artikel dalam blog Ustaz Zaharuddin tentang perihal pelaburan nih. Dalam artikel tersebut memang banyak menerangkan tentang hukum dan adat pelaburan. Korang boleh rujuk kat artikel nih - Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjanjikan Keuntungan?

Jadi lepas nih, kalau ada pape skim yang wujud, mulakan pertanyaan dengan menanyakan tentang status kehalalan sesuatu pelaburan, instead of macam mana cara untuk menyertainya.

p/s: Jangan jual agama untuk keuntungan dunia yang sedikit...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca