Adakah Penggabungan Hutang Baik Atau Buruk Untuk Anda?


Menggabungkan hutang - tindakan yang bijak?
Ramai orang mempunyai pandangan yang berbeza apabila bercakap tentang penggabungan hutang mereka. Saya percaya bahawa apabila anda menggabungkan semua hutang anda, adalah lebih baik untuk mengambil langkah ke belakang dan mengambil kira keadaan semasa kewangan anda.


Adakah kredit anda dalam kedudukan yang baik? Adakah anda amat terdesak untuk menggabungkan hutang anda? Satu perkara penting yang ramai orang gagal untuk ingat bahawa dengan menggabungkan hutang, ia tidak akan mengeluarkan kamu daripada hutang. Ia hanya meletakkan semua hutang anda ke dalam satu pinjaman. Jadi, memandangkan sekarang anda hanya mempunyai satu pinjaman, maka anda berfikir yang anda tidak perlu bimbang tentangnya lagi, bukan? Fikir sekali lagi. Kebanyakan mereka yang mempunyai pemikiran ini, apabila mereka menggabungkan hutang pinjaman mereka, lama-kelamaan mereka akan kembali kepada tabiat berbelanja mereka dan akan memenuhkan had kad kredit mereka sekali lagi. Ini akan mewujudkan kesan bola salji di mana anda merasakan bahawa kedudukan kewangan anda di bawah kawalan tetapi pada hakikatnya, anda menggali lubang yang lebih besar dan lebih besar.

Jika anda adalah di dalam peratusan mereka yang sedar tanggungjawab yang datang dengan menggabungkan hutang anda melalui pinjaman bank, terdapat beberapa manfaat yang anda perolehi daripada penggabungan tersebut. Salah satu manfaat yang jelas adalah kemudahan membayar hanya satu bayaran bulanan setiap bulan tanpa perlu bimbang tentang masuk ke dalam akaun yang berbeza dan membayarnya. Anda akan menjimatkan lebih banyak wang demi kepentingan jangka panjang jika anda boleh mengunci pada kadar faedah yang lebih rendah.

Hanya ada satu perkataan yang kebanyakan orang takut dengannya - kebankrapan. Ia boleh melumpuhkan anda. Jika anda membiarkan hutang anda keluar dari kawalan dan tidak menyatukan dalam masa yang sesuai, anda akan tiada pilihan tetapi untuk memfailkan notis kebankrapan. Sebaik sahaja anda menjadi muflis, ia boleh tinggal di dalam rekod anda untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, menyebabkan anda akan menjadi sangat sukar untuk meminta pinjaman dan memohon gadai janji.

Gaya hidup anda sendiri perlu berubah jika anda memilih untuk menggabungkan hutang anda. Jangan kembali kepada tabiat lama. Sebagai contoh, lihat pada kad kredit di dalam dompet anda. Potong kesemuanya! Jika anda ingin menyimpan satu kad kredit untuk kecemasan, maka simpanlah, tetapi bekukannya dalam peti sejuk anda. Ini akan membantu anda dari menyalahgunakannya. Hakikat bahawa anda memutuskan untuk menyatukan hutang anda adalah langkah pertama untuk pemulihan. Sentiasa kawal gerak hati anda dan tidak membuatkan ia lebih buruk. Tetapi yang paling penting, jangan biarkan wang menjadi tuan anda.

Apakah pendapat anda tentang penggabungan hutang? Adakah ia satu perkara yang baik atau buruk?

(sumber: Aaron Hung)

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca