Dividen LTAT 15% Untuk Tahun 2011

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Assalamualaikum semua...

Nih pengumuman bonus untuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk tahun kewangan yang lepas. Ayah aku cakap memang dividen LTAT dok main kat paras 14% - 15% je tetiap tahun. Tentu dia tersenyum gembira dengan pengumuman nih. Boleh la aku tumpang masuk dalam akaun dia tahun nih untuk merasa dividen tahun depan. Hehe...

p.s: tunggu KWSP bagi 15%-20% pulak...kerajaan peram separuh duit dividen kita...


-----------------------------------------------------------

Pencarum LTAT dapat 15% bonus, dividen

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pemberian bonus dan dividen sebanyak 15 peratus kepada semua pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk tahun kewangan 2011.

Beliau berkata, jumlah yang diberikan itu meningkat satu peratus berbanding 14 peratus pada tahun sebelumnya.

Ujarnya, pemberian bonus serta dividen itu merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus sebanyak satu peratus dan bonus khas sebanyak tujuh peratus dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada setiap pencarum aktif.

"Jumlah pembayaran bagi dividen dan bonus kali ini adalah sebanyak RM680.4 juta iaitu naik sebanyak 10.4 peratus berbanding RM616.3 juta pada tahun 2010," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Ahmad Zahid berkata, pada keseluruhannya iaitu berdasarkan Penyata Kewangan Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, LTAT telah berjaya mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM862.7 juta.

Ujarnya, jumlah itu meningkat sebanyak 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada tahun 2010 sekali gus merupakan rekod tertinggi keuntungan LTAT sejak ia ditubuhkan 39 tahun lalu.

"Pencapaian ini juga membuktikan kejayaan LTAT menguruskan dana dan pada masa sama mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam senario ketidaktentuan ekonomi global berikutan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

"Selain keadaan ekonomi negara yang kukuh dan prestasi pasaran saham meningkat, pencapaian ini adalah hasil usaha pengurusan LTAT yang komited dalam membuat perancangan secara lebih teratur dan berkesan serta pemantauan berterusan terhadap portfolio pelaburannya," katanya.

(sumber: Utusan)


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca