FOREX, Arak & Rokok

Forex oh Forex...
Assalamualaikum semua...

Aku rasa semua dah tau cerita pasal pengharaman FOREX melalui internet yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Banyak reaksi yang aku baca dalam internet & dalam facebook pasal pengharaman ini. Ada yang menyokong keputusan ini & ada jugak yang tak bersetuju dengan keputusan tersebut. Aku assume yang tak bersetuju tu mostly yang dah involve main dengan FOREX nih.


Aku rasa, setiap kali ada keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa tentang hukum pengharaman sesuatu, mesti ada je pihak yang tak bersetuju. Kengkadang aku terfikir gak, siapa kita untuk tidak bersetuju. Kita bukannya pakar bidang agama nih. Dan setiap keputusan yang dibuat tu, pasti Majlis Fatwa dah buat study, bertanyakan kepada pihak tertentu untuk mengetahui tentang sesuatu benda sebelum mereka membuat keputusan. Dan kena ingat, tanggungjawab mereka amatlah besar kerana dengan keputusan merekalah, kita sebagai rakyat biasa nih akan mengambil keputusan tersebut sebagai panduan hidup kita. Dan, mereka (Majlis Fatwa) akan bertanggungjawab atas keputusan yang mereka buat.

Kita sebagai rakyat biasa nih kena amik contoh tindakan yang dibuat oleh para sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W ketika mana ayat Al-Quran tentang pengharaman arak diturunkan oleh Allah S.W.T dulu. Kita semua tahu rasanya, bila mana ayat ini diturunkan, kesemua para sahabat membuang serta memecahkah kesemua simpanan arak di rumah mereka sehinggakan dikatakan seluruh bandar Mekah dibanjiri dengan arak. Begitu drastik langkah yang diambil oleh para sahabat ketika menerima arahan larangan tersebut.

Tapi, cuba compare dengan diri kita sekarang. Tak payah cerita pasal FOREX dulu la. Rasa dulu Majlis Fatwa ada mengeluarkan fatwa tentang pengharaman rokok. Tapi sampai la nih ada lagi yang hisap rokok. Dari situ, boleh nilai tahap keimanan kita.

Aku takde la nak hentam. Cuma nak peringatkan. Rasulullah dah takde, para sahabat pun dah takde. Yang ada cuma para mufti, alim ulama' je. Kalau kata2 mereka pun kita nak langgar, boleh percaya ke kita akan ikut kata-kata Rasulullah kalau dia ada pada zaman kita.

Fikir-fikirkan lah...

p/s: Selalu dengar "kalau hidup zaman Rasulullah kan best, boleh jadi sahabat nabi." Tapi kena ingat, zaman Rasulullah gak, adanya geng Abu Jahal. Takut kita termasuk dalam geng Abu Jahal je...

--------------------------------------------------------------------


Forex beri kesan buruk pada individu, keluarga

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Pengharaman perdagangan mata wang asing (forex) melalui internet memberi lebih banyak kesan buruk bukan sahaja kepada ekonomi individu yang terlibat, malah terhadap institusi keluarga mereka sendiri.

Pakar Ekonomi, Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, beliau bersetuju dengan keputusan pengharaman forex dalam internet yang dibuat Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam kerana ia tiada bezanya dengan perjudian.

"Mereka yang terlibat dengan forex ini sebenarnya memperjudikan wang dan masa depan kepada sesuatu yang tidak mampu untuk mengawalnya.

"Mereka fikir boleh mengaut keuntungan dengan mudah dan pantas melalui cara itu tetapi sebenarnya, golongan ini sedang memperjudikan wang yang dilabur bersama dengan nasib keluarga masing-masing.

"Apabila sudah kehilangan jumlah wang yang banyak, pasti ia akan merosakkan hubungan kekeluargaan sehingga boleh memecah-belahkan institusi tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan forex melalui internet atau menggunakan broker sebagai haram kerana tidak memenuhi kehendak syarak.

Pendapat itu turut disokong oleh Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam yang mengatakan pengharaman itu sebenarnya bertujuan melindungi masyarakat daripada terjebak dengan kesusahan berkaitan kewangan di kemudian hari.

"Perdagangan forex ini sebenarnya membawa lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.

"Kebiasaannya, jumlah kerugian yang dialami pelabur bukanlah kecil, jadi ini sudah pasti merugikan ekonomi negara kerana kecairan mata wang yang keluar dari negara ini," katanya.

sumber: Utusan


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca