"Abang Punya Ni Kecik La..."

Kredit kepada Bro Syahman...pinjam gambar peti ais ye...hehe
Assalamualaikum semua...

Jangan saspen ye. Ini bukan adegan 18SX.

Tu adalah dialog antara aku dengan tenant anak-anak dara yang dok menyewa rumah aku masa aku datang meng'repair' suis fuse rumah yang agak longgar tu. Suis fuse senang sangat jatuh. Yelah, developer pasang pun yang murah-murah je, jadi kejap je la tahan.

Masa repair tu, diorang mintak aku tukarkan peti ais mini kepada peti ais yang besar sikit. Yelah, duduk pun dah ramai-ramai. Tak cukup tempat nak letak dalam peti ais mini tu.

Bila dah ada request tu, aku pun kata:

"Boleh, tapi nanti Abang pikirkan. Nanti abang confirmkan balik ye..."

Aku tengah pikir, macam mana nak masukkan kos peti ais baru tu ke dalam duit sewa diorang. Untuk pengetahuan korang, diorang nih bayar sewa secara lump sum untuk satu semester (dah pun dibayar bulan lepas). Jadi, rasa-rasa macam takde ruang nak masukkan kos peti ais tu...

Korang ada apa-apa cadangan?

p:s Sape-sape yang nak donate peti ais pun boleh juge..demi untuk anak-anak dara tu...hehe

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

4 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca