Dah Takde Idea Ke?

Assalamualaikum semua...

Lama betul aku tak menaip blog nih. Asyik dok copy & paste je. Member aku pun dok boring je baca blog aku. Siap komen lagi:

"Ko punya blog nih takde pengisian la. Asyik copy & paste je"

"Entri ko nih aku dah baca kat blog lain. Takde cerita lain ke?"


Yelah, aku mengakui yang blog nih mungkin kurang pengisian, tapi aku teringat kata seorang ustaz yang bagi kuliah kat surau Maybank:

"Kenapa Allah banyak ulang ayat yang sama dalam al-Quran? Supaya manusia lebih mudah untuk mengingat ayat2 Allah"

Jadi, aku guna la konsep yang sama. Memang betul, korang dah pernah baca entri yang sama kat website/blog lain. Tapi, tendency untuk lupa tu memang tinggi. Jadi, anggaplah entri dalam blog aku nih sebagai tazkirah (peringatan) untuk korang.

Insha-Allah, aku akan cuba memperbaiki & menambahkan pengisian dalam blog aku. Yelah, aku mengaku yang time management aku nih tak baper bagus sangat. Pembacaan pun kurang. Jadi, tak banyak yang aku boleh share dengan korang. Jadi, sama-sama la kita berkongsi ilmu dalam blog ini ye!

p/s: Letih dengan kerjaya sekarang...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca