Jika Anda Mahu Membina Kekayaan, Belajarlah Tentang Kekayaan!

Saya ingin menanyakan satu soalan yang anda sendiri telah tahu jawapannya. Soalannya begini: Adakah seseorang yang bermain golf sekali dalam sebulan akan menjadi hebat selepas setahun?

Betul tekaan saya yang anda telah tahu jawapannya! Saya fikir anda akan bersetuju dengan saya bila saya katakan yang orang tersebut tidak akan dapat bermain golf dengan baik. Mana mungkin dia dapat bermain dengan baik jika dia hanya bermain golf hanya sekali dalam sebulan?

Sekarang saya berkongsi satu lagi senario: Seseorang menghabiskan 2 hingga 3 jam sehari, 5 hari dalam seminggu untuk bermain golf. Bukan itu sahaja; dia juga membaca buku dan majalah tentang golf. Selepas itu, dia pergi kursus dan melihat video-video tentang golf. Oh ya, dia juga menghabiskan masa bermain golf dengan pemain-pemain golf yang lebih hebat daripadanya.

Sekarang mungkin dia tidak menjadi juara dalam Kejohanan Golf Terbuka Malaysia selepas satu tahun, saya fikir boleh saya katakan yang dia dapat menjadi pemain golf yang baik. Bahkan, kehebatannya boleh mengalahkan sebahagian pemain-pemain golf yang lain pada masa itu.

Itu ialah golf. Tetapi, prinsip yang sama juga boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja: Lebih banyak fokus, masa dan tenaga yang diberikan kepada sesuatu, maka kita boleh menjadi hebat terhadapnya, tak kira ketika kita bermain, bekerja, berkomunikasi ataupun dalam beragama.

Saya rasa anda semua dapat melihat kaitannya dan ada juga yang tidak bersetuju dengan saya.

Akan tetapi, peliknya, tidak ramai orang mengaitkan fakta tersebut dengan wang. Lihatlah, ramai orang mahukan wang yang banyak tetapi mereka tidak meluangkan masa atau tenaga terhadapnya. Mereka tidak membaca buku tentangnya, mereka tidak merancang aliran wang mereka, mereka tidak mencatat perbelanjaan mereka, mereka tidak tahu tentang pelaburan-pelaburan lain ataupun tentang insurans. Malah yang paling teruk sekali, mereka tidak meluangkan masa mereka untuk belajar tentang wang. Bagi mereka ini, frasa-frasa seperti pulangan ke atas pelaburan, cukai keuntungan modal, peruntukan aset, hasil dividen dan pelbagai sumber pendapatan adalah frasa dari planet lain! Tetapi, di sebalik kesemua fakta-fakta di atas, mereka bercita-cita untuk menjadi pakar kewangan!

Ia tidak masuk akal langsung!

Mana mungkin mereka menjadi pakar kewangan bila mereka tidak 'membuat' wang?

Dengan kata lain, jika anda mahukan wang yang banyak, maka anda perlulah 'membuat' wang, cth mempelajari tentang ilmu kewangan. Ia bermaksud membaca buku dan majalah tentang kewangan (seperti artikel ini). Oh ya, bukan satu buku, tetapi BANYAK buku. Membaca buku 'Rich Dad Poor Dad' adalah bagus tetapi ia tidak mencukupi! Anda perlu membaca lagi dan lagi; 20 buku adalah satu permulaan yang baik.

Bukan itu sahaja. Anda juga perlu mempelajarinya dengan menghadiri kursus-kursus (formal atau tidak formal) dan seminar-seminar tentangnya. Anda juga boleh mempelajarinya dengan mendekatkan diri anda dengan golongan hartawan. Dengan itu, anda dapat mempelajari daripada mereka. (Saya ingin berkongsi satu rahsia - orang kaya suka berkongsi pengalaman mereka.)

Sudah pasti, kesemua ini memerlukan masa, tenaga dan juga wang. Tetapi, jika anda serius untuk menjadi kaya dan pakar kewangan, maka inilah harga yang perlu anda bayar. Sebenarnya, harga sesebuah buku adalah tidak ternilai dengan ilmu yang ada padanya. Jika anda membeli 50 buah buku, anda perlu bayar dalam lebih kurang RM2,000. Tapi, dengan ilmu yang anda perolehi, anda boleh 'membuat' wang sebanyak mana yang anda mahukan. Tambahan lagi, ilmu tersebut kekal bersama anda untuk sepanjang hayat!

Akan tetapi lagi, ini tidak akan menjamin anda untuk menjadi bakal jutawan Malaysia yang seterusnya. Ia tidak akan berlaku. (Satu lagi rahsia untuk anda: Buang perkataan 'menjamin' dari kepala anda kerana perkataan tersebut tidak wujud dalam dunia orang kaya.) Tetapi saya fikir, dan saya pasti anda akan bersetuju dengan saya sekali lagi, yang ia adalah mustahil bagi mereka untuk TIDAK menjadi lebih kaya dengan melakukan perkara-perkara yang saya kongsikan di sini.

Saya tahu yang lebih banyak buku tentang kewangan yang anda baca, anda akan menjadi lebih kaya. Saya sangat berharap seseorang memberitahu saya tentang ini ketika umur saya 20 tahun: mungkin saya telah membuat lebih banyak wang dengan lebih cepat! Mungkin saya dapat mengelak banyak kesilapan, mungkin saya telah memilih pelaburan yang lebih baik, memilih waktu yang lebih baik dan mungkin saya akan lebih berseronok dalam perjalanan hidup saya (bila anda sentiasa 'menang', maka 'permainan' ini akan menjadi lebih menyeronokkan!).

Kesimpulannya, jila anda mahu membina kekayaan, belajarlah tentang kekayaan.

(terjemahan dari newsletter Azizi Ali)

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca