Nak Berhenti Kerja Tetap Untuk Bekerja Sendiri Dari Rumah?

Kredit: KOSMO!
Assalamualaikum semua...

Korang pernah rasa nak berhenti kerja dan rasa nak bukak bisnes sendiri tapi tak berani nak hadapi risiko?

Biasalah, macam-macam kita nak fikirkan bila kita nak keluar dari zon selesa kita sekarang. Antara kerisauan yang sering kita fikirkan ialah takut bila takde duit nak belanja hari.

Sebenarnya, kalau kita buat analisis betul-betul tentang pendapatan yang kita terima tiap-tiap bulan, kita akan dapati bahawa kita boleh overcome perbelanjaan bulanan kita sekarang walaupun kita dapat income bulanan yang lebih rendah daripada gaji yang kita dapat sekarang.

Kat sini, aku share satu analisis bagi seorang pekerja yang bergaji RM5k sebulan. Analisis nih cuma secara kasar sahaja. Jadi kalau korang nak share info-info lain, boleh la bagi komen korang kat bawah ye:-

=======================================================

Jumlah jam/hari bekerja sebulan - 160 jam/20 hari (tu tak termasuk yang kena standby,overtime etc)

Gaji Kasar - RM5000 => RM5000/160 jam = RM31.25 sejam = RM250 sehari
(-) EPF, SOCSO, Cukai/Zakat ~ RM800
Gaji Bersih - RM4200

(-) Perbelanjaan ketika bekerja
- Installment kereta ~ RM300 (contoh untuk kereta Viva)
- Minyak, tol ~ RM400
- Makan ~ RM 300
- Maintenance ~ RM160/4 bulan (servis sekali dalam 4 bulan) = RM40 sebulan
- Insurans ~ RM480/12 bulan = RM40 sebulan
- Pakaian kerja ~ RM100 x 5 kali setahun / 12 bulan = RM42 sebulan
- Bil telefon ~ RM30
Jumlah perbelanjaan - RM1152

Gaji betul2 bersih - RM3048 => RM19 sejam = RM152 sehari

=======================================================

Jadi, kalau pekerja di atas nak berhenti kerja untuk bekerja sendiri, dia perlu pastikan bahawa dia kena generate keuntungan (bukan jualan) sebanyak atau lebih daripada RM19 sejam atau RM152 sehari untuk  menyamai income yang dia dapat masa kerja tetap dulu.

Jadi, kalau korang nak berhenti kerja dan bukak perniagaan sendiri, pastikan keuntungan korang kena lebih daripada gaji sehari yang korang dapat sekarang.

Ada berani?!!

p:s kena rajin lebih bila dah bekerja sendiri nih...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca