Rangkuman Aktiviti Sepanjang 2 Bulan Lepas

Kredit: www.1pengguna.com
Assalamualaikum semua...

Lama betul tak tulis entri. Azam 2 bulan lepas taknak bagi bersawang blog...tapi apa kan daya. Ikut mood punye pasal. Hehe...

2 bulan lepas macam-macam perkara yang dah berlaku dan alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Lepas nih, kena plan untuk akan datang pulak.

Apa yang dah berlaku pada 2 bulan lepas?

1) Dapat bonus...alhamdulillah
2) Kereta kancil aku dah terjual
3) Penyewa rumah TTU nak sambung menyewa lagi
4) Personal loan dengan Bank Muamalat dah langsai
5) Bisnes jual karpet bermula
6) Anak aku masuk hospital. Alhamdulillah, fully covered by Medijaring...sayang Maybank...hehe
7) Join Bersih 3.0 ^_^

Jadi, hari ni, kena review balik aliran wang keluar masuk. Dapat la aku menambahkan lagi simpanan aku & keluarga.

p/s: Buatlah review kewangan korang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Baru tau mana 'hilangnya' duit korang tu...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca