4 Salah Faham Tentang Duit

Duit duit...di mana kau duit...
Assalamualaikum semua...

"It's all about the money...it's all about dum dum duh dee dum dum..."

Begitu la sebahagian lirik lagu It's All About The Money yang aku dengar. Lagu tu menceritakan tentang sikap manusia yang berubah dengan pengaruh duit. Manusia beranggapan duit mampu mengubah segalanya. Itulah mesej yang cuba disampaikan dari lagu tersebut.

Ya, itu memang benar...

Dengan duit, manusia sanggup makan rasuah. Dengan duit, manusia sanggup mencuri dan merompak. Malah, dengan duit, manusia sanggup berbunuhan.

Mengapa jadi sedemikian? Adakah kita semua fikir yang dengan duit, kita boleh miliki segalanya? No, no, no...

Kat sini, nak share 4 salah faham kebanyakan daripada kita tentang duit.

1. Lebih banyak duit yang kita ada, kita akan lebih gembira.
- Anna Nicole Smith, Marilyn Monroe, Michael Jackson, Kurt Cobain, dan Elvis - nama-nama mereka sungguh terkenal ketika zaman mereka. Mereka juga orang kaya, banyak duit. Tapi bagaimana keadaan hidup mereka? Mereka gembira dengan apa yang mereka ada?

Kebahagiaan itu datang daripada diri sendiri. Takde kaitan langsung dengan duit. Bila kita nak mati nanti, kita akan berfikir tentang duit ke? Jadi, daripada kita obses memikirkan tentang duit, lebih baik kita memikirkan tentang apa yang benar-benar membuat kita bahagia. Kemudian, dari situ kita cari duit yang mencukupi untuk menampung semua aktiviti-aktiviti tersebut. Jika kita cari lebih dari itu, kita telah bazirkan sumber yang paling penting kepada kita - masa.

2. Satu pendapatan yang besar akan memastikan kita bebas daripada hutang.
- Apa yang membezakan antara mereka yang bergaji RM 3000 sebulan, tetapi mempunyai hutang sebanyak RM2500 sebulan, dengan mereka yang bergaji RM10,000 sebulan, tetapi mempunyai hutang sebanyak RM 9000 sebulan?

Senang cakap - hutang akan sentiasa meningkat bila gaji naik. Tak percaya???

3. Lebih banyak duit kita, lebih kurang kebimbangan kita.
- Betul ke? Pada saya, duit takkan mengurangkan rasa bimbang kita. Malah, ia akan mencipta satu lagi rasa keresahan kepada kita - takut akan kehilangan duit!

4. Kita akan merasa lebih seronok jika kita mempunyai wang yang lebih banyak.
- Tak perlu ulas lagi. Baca semula point #1 & #3.

Korang rasa betul tak apa yang aku cakapkan tu?

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca