I'm Back! But I'm Surprise Because...

Assalamualaikum semua...

Masya-Allah, naik bersawang blog aku nih. Kalau diumpamakan pada rumah, rumah tu dah naik kulat dah. Rumput pun dah meninggi. Bingkai pintu, tingkap semua habis dicuri orang. Mana taknya, dah masuk 4 bulan dah aku tak update blog nih! Busy punya pasal. Tapi insha-Allah, pasnih mungkin tak busy sangat kot. Nak tau kenapa? Tunggu entri seterusnya...

Nasib baik la malam2 gini aku singgah jenguk. Boleh la aku celoteh kejap. Dalam hati aku dok tertanya-tanya jugak, dalam masa 4 bulan nih, ada ke orang yang datang jenguk blog aku nih? Yela, blog aku nih bukan macam blog bro AE, penuh dengan cerita2 sensasi. Banyak C&P je. Aku sendiri tak sempat nak jenguk blog aku. Takde mood punye pasal la nih!

Tapi, aku amatlah terkejut. Nape? Sebabnya...dalam masa 4 bulan nih, blog aku di'view' lebih daripada 100k kali!! Dan amat mengembirakan aku, income Nuffnang aku naik RM70 dalam masa 4 bulan nih! Memang la sikit, tapi kalau nak di'ratio'kan dengan income Nuffnang yang aku dapat sebelum nih (RM90 dalam masa setahun lebih). Kira hebat la tu!!

Harap dengan adanya statistik2 nih, dapatlah bagi aku semangat nak berblogging balik lepas nih. Kat sini gak aku nak berterima kasih kepada semua pelawat2/follower2 aku yang sudi singgah ke blog untuk memberi sokongan kepada blog aku.

Terima kasih banyak2!



Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca