iPhone 5 vs Samsung Galaxy SIII vs Nokia Lumia 920

Assalamualaikum semua...

iPhone 5 yang dinanti-nantikan oleh semua dah pun keluar. Mana-mana yang ada kontrak dengan service provider yang dah nak expired tu pun dah fikir-fikir nak tukar telefon. Walaupun iPhone 5 ada offer new features, tapi mungkin korang still boleh consider untuk beli smartphone yang lain. Tapi kalau dah 'die hard fan' untuk iPhone 5, korang beli je la. Hehe

Bagi mereka yang masih consider nak beli smartphone baru, mungkin boleh consider telefon Android sebab banyak choices dan banyak OS upgrade (rasanye dah masuk version Jelly Bean dah).

Lepas tu, Microsoft pun dah keluarkan Windows Phone 8 (WP8) menerusi telefon Nokia. Banyak choices yang korang boleh pilih.

Tapi boleh lawan ke Android dengan WP8 nih dengan iPhone yang baru nih? Memang susah nak kata mana satu yang paling bagus selagi tak dapat test satu persatu, tapi kita compare je dulu specs yang ada kat internet.

sumber: Absinthe Jailbreak.com
So, agak2 mana yang bagus?

Rasanya semuanya bagus. Internal storage lebih kurang, HD display & specs camera yang lebih kurang sama.

Tapi setiap smartphone ada kelebihan yang tersendiri.

Nokia Lumia 
- mempunyai pixel per inci yang tinggi
- touchscreen yang amat bagus. Boleh touch screen walaupun jari berlapik dengan kain atau gloves.

Samsung Galaxy SIII
- boleh expand memory sehingga 64GB menggunakan kad microSD, menjadikan total storagenya sebanyak 128GB.
- 'Battery life' sangat bagus.
- Harga yang amat murah (kalau amek package smartphone dengan mana-mana telco di Malaysia)

iPhone 5
- Feature terbaru - 'Next-gen wireless'. Offer DC-HSDPA untuk lebih kelajuan 3G.
- Dual band antenna untuk Wi-Fi.
- Sangat ringan. 112gm je. Lebih ringan daripada HTC Desire V, lebih sikit daripada SE Xperia Mini

Jadi, mana satu pilihan korang?

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca