Lambaian Ka'abah

Mak & Ayah
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, selesai urusan penghantaran mak ayah aku untuk menunaikan haji tahun ini.

Mereka pergi menunaikan haji bersama pakcik aku & isterinya semalam dengan menaiki penerbangan MAS KT17 melalui pakej Tabung Haji.

Bagus juga...ada sedara mara yang boleh tolong tengokkan mak ayah aku di sana.

Bilik pun dapat yang sama. Ayah aku dapat sebilik dengan pakcik aku, mak aku dapat sebilik dengan isteri pakcik aku. Bilik pulak sebelah-sebelah je di tingkat yang sama...alhamdulillah.

Sekarang nih mereka dah sampai di Madinah, mungkin sedang menziarahi Rasulullah.

Semoga Allah permudahkan urusan ibadah mereka berdua dan dapat balik ke Malaysia dengan selamat. Amin...

p/s: insha-Allah, 3 tahun lagi giliran aku akan sampai. Amin...

Familyku bersama mak & ayah

Mak ayah akan pergi menunaikan haji bersama pakcik & isterinya.
Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca