Legoland Malaysia

Assalamualaikum semua...

Saja aku upkan topik nih memandangkan taman tema ini akan dibuka dalam 4 hari lagi. Dilabelkan sebagai 'Malaysia's 1st International Theme Park', ia bakal menarik perhatian ramai pengujung, termasuk pelancong asing terutamanya dari Singapura.

Kredit: Laman Rasmi Legoland Malaysia
Legoland Malaysia yang berkeluasan seluas 76 ekar ini dipenuhi dengan pelbagai keseronokan keluarga. Ia menyediakan lebih daripada 40 jenis permainan, pertunjukan serta tarikan menarik. Hampir kesemua permainannya adalah berbentuk 'hands-on', jadi kita semua boleh mencuba kesemua permainan tersebut untuk memberikan satu pengalaman yang benar-benar interaktif.

Legoland Malaysia juga mempunyai 7 taman tema untuk semua peringkat umur, bermula dengan Pusat Experimen Lego kepada 'rollercoasters'.

Tarikan utama Legoland Malaysia adalah MINILAND, dimana beberapa bangunan mercu tanda di Asia telah dibina menggunakan lebih daripada 30 juta blok LEGO. Ia adalah satu tarikan dunia dalam skala 1:20, dimana patung-patung manusia, keretapi dan kapal terbang 'hidup' dengan satu butang.

Tak sabar nak mengunjungi Legoland Malaysia? Datanglah beramai-ramai di hujung minggu ini bersempena dengan cuti hari Malaysia pada hari Ahad ini untuk merasai pengalaman baru di sana!

Berapa harga tiketnya? Haaa, tengok la table kat bawah nih!

TicketReg. priceOnline (Public Opening Day Tickets)
1-Day Ticket Adult (12-59)
RM 140RM 140 (Includes Keychain and T-Shirt)
1-Day Ticket Child (3-11)
RM 110RM 110 (Includes Keychain and T-Shirt)
1-Day Ticket Senior (60+)
RM 110RM 110 (Includes Keychain and T-Shirt)

Amacam? Seronok? Hehe. Kalau nak datang ke Legoland nih, takleh la nak plan balik hari. Mau2 kena stay overnight kat sana. Main sampai puas. Kalau larat, main la banyak round. Baru berbaloi orang kata!

Untuk direction ke sana, boleh la pegi ke link nih

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca