Trip Ke Cameron Highland Part #1

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, pada 22 September lepas, aku sekeluarga telah selamat sampai ke Tanah Rata, Cameron Highland selepas mengharungi perjalanan selama 5 jam.

Kitorang mula bergerak dari rumah pada pukul 9 pagi tapi dapat keluar dari area Lembah Klang dalam pukul 10:30 pagi. Ni semua sebab gara2 nak cari stesen Petronas NGV untuk isi gas. Stesen yang paling dekat - Petronas NGV Bt. 9 - queuenya panjang. Aku pun pelik apsal la ramai benar dok isi gas kat sini.

So, aku pegi la ke stesen seterusnya - Petronas.  Sekali tutup pulak sebab ada problem dengan pump dia. Patut la semua orang lari ke stesen tadi.

Jadi, terpaksa la cari stesen yang menghala ke utara. Pegi la ke stesen Petronas Jambu Jertih, Kepong. Dapat la isi penuh dalam RM9. Baru la dapat gerak ke Cameron.

Stesen NGV Jambu Jertih, Kepong
Kredit:  ChanJerPing.com
Dalam pukul 1 tengahari, aku sampai ke exit Tapah. Gas aku pun dah habis, switch ke minyak. Di situ la bermulanya perjalanan yang amat berliku2. Bukan main2 punya liku. Ada satu situation bila aku bertembung dengan lori treler 14 tayar dekat selekoh tepi bukit. Memang menguji kecekapan memandu la. Silap teknik, memang bergesel la dengan lori tu. Alhamdulillah, takde benda buruk yang berlaku. Cuma yang tak bestnya, bila tak dapat stop kat Lata Iskandar, tempat air terjun tu, sebab ramai sangat yang stop kat situ.

Lata Iskandar
Kredit:  RosliThnin.Blogspot.Com
Pukul 3:30 petang, kitorang sampai kat Tanah Rata. Lepas check-in & rehat2 kejap, terus pegi strawberry farm yang terdekat. Nak pegi petik strawberry la kononnya. Then, kitorang stop dekat satu taman agro tourism. Namanya Big Red Strawberry Farm. Kat situ, owner farm tu tanam macam2 pokok organik selain daripada pokok strawberry. Ada tanam pokok2 bunga & pokok kaktus jugak.

Big Red Strawberry Farm

Pokok strawberry

Kaktus

Visitors dari Singapore datang jugak...

Antara sayur organik yang ada kat sini...
Lepas snap2 gambar & amek video, terus gi makan waffle aiskrim dengan jem strawberry dengan air yogurt strawberry. Disebabkan terlalu banyak strawberry, aku tak habis makan, tapau bawak balik.

Sedap tak?
On the way balik, wife sempat tapau pokok kaktus. Ikutkan hati nak tapau semua pokok2 bunga kat situ. Cantik2 belaka.



Ikuti sambungan cerita trip ini lepas ni!

Posted via Blogaway

Anda suka dengan blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan-iklan yang ada dalam blog saya. Terima kasih!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca