Trip Ke Cameron Highland Part Akhir

Assalamualaikum semua...

Selamat pagi Cameron Highland! Suasana sejuk & cuaca mendung menanti kami di hari ke-2. Memang betul la kata owner hotel kat sini. Tak payah pakai kipas atau aircond. Memang natural sejuk! First time aku tido pakai selimut tebal hingga ke pagi. Kalau tak, kat rumah, selalu pagi2 selimut memang tempatnya kat lantai aje...tak pakai pun. Hehe...

Hari ni plan nak ke ladang teh pulak. Then, on the way balik, nak singgah beli la some souvenir, sayur2 & stok buah strawberry & teh cameron untuk dibawak balik. Sarapan hari ni - nasi goreng dicampur dengan sambal telur & nugget yang telah di'prepare' siap-siap before bertolak ke Cameron Highland. Dah save duit sarapan kat situ. Hehe...

Breakfast kami...siap bawak cooker tu!

Lepas breakfast & mandi, kitorang checkout. Tiba-tiba, aku terperasan kereta aku dah senget sebelah. Apsal pulak ni? Tengok-tengok, tayar pancit pulak. Dah makan masa 1/2 jam nak menukar tayar kat depan2 hotel tu. Pagi-pagi dah workout. Huhu...apa nak buat. Kena la tukar. Kedai tayar seberang jalan pun tutup sebab hari Ahad.

Tayar pancit...

Dah tukar tayar spare...cantik tak?
Lepas tukar tayar, kitorang teruskan perjalanan ke ladang Teh Boh di Brinchang lagi. Allahu Akbar! Jalannya lagi sempit! Memang betul2 muat satu kereta! Dah la sempit...setiap kali corner je kena bunyikan horn dulu sebab aku tak nampak ada kereta ke tak dari arah bertentangan! Dan lebih menyeramkan lagi, kalau berselisih, kena reverse balik ke kawasan corner tu sebab kawasan tu je yang ada space lebih in case berselisih, boleh allow kereta lalu. Lebih sadis lagi, korang kene tempuh situasi macam tu sejauh 7km untuk ke pusat ladang teh tu!!! Giler kentang!!!

Pusat ladang teh kat bawah sana tu!! Kira lagi halfway dari tempat amek gambar ni!
Wife aku bagitau tak payah la nak ke kawasan ladang teh tuh. Jauh sangat. Wife ngan anak aku pun tak tahan bila dok berselisih kenderaan kat lereng bukit macam tu. Jadi, terpaksa la berhenti kat kawasan yang agak luas sikit untuk berhenti & snap aje la gambar dari situ. Kira sampai la jugak ke ladang teh Cameron tu...

Kira nampak la ladang teh kat belakang sana tu ye...hehe...
Lepas tu, singgah kedai souvenir. Berlambak kat tepi2 jalan Cameron Highland tu. Borong la sikit teh cameron, keychain & fridge magnet.

Balqis pau gula2 & sarung tangan strawberry...bantal strawberry ada kat dalam bonet...huhu
Dalam pukul 12 tengahari, kitorang teruskan perjalanan balik ke KL. Tapi tak lalu jalan Tapah, ikut jalan Ipoh-Simpang Pulai. Jalan situ lagi cantik dari jalan Tapah. Luas & rasa selamat sikit, biarpun jauh sikit.

Luas kan??
Alhamdulillah, kami sampai ke rumah dalam pukul 5:30 petang. Walaupun letih, tapi hati rasa seronok bila dapat pegi ke sana. At least, tau la apa yang ada kat Cameron Highland tu. Tapi wife & anak aku dah cakap awal2, diorang taknak pegi lagi sebab gerun lalu cerun2 bukit kat Cameron tu. Hehe...

Next destination - Fraser Hills. Orang bagi review - Fraser Hills lagi sejuk daripada Cameron Highland. Betul ke??

Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca