Beribu Rahsia, Beribu Hikmah

Assalamualaikum semua...
Nak share satu artikel dari ILuvIslam.com. Moga dapat menambahkan kekuatan kepada korang semua, especially kepada aku yang baru bertukar tempat keje nih...huhu...

------------------------------------------------------------------

"Hidup manusia bagai tersesat di hutan belukar yang penuh dengan onak dan duri, walau pedih dan bercalar, namun harus direntasi juga untuk kita temui jalan keluarnya"

Usai solat Subuh, Al-Quran dan tafsirnya saya baca. Alhamdulillah, masih tergerak hati untuk laksanakannya. Namun jujur, ia dibaca dengan bersahaja tanpa penghayatan,sehinggalah sampai ke ayat :

"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat"
(Surah Al Baqarah ayat 269)


Kita sering kali mengeluh setiap kali ditimpa ujian dan dugaan. Mungkin kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita sedang melakukannya. Bukan sahaja mengeluh, malah mempertikaikan lagi kenapa semuanya harus terjadi pada diri kita. Pelbagai soalan yang dimulai dengan perkataan "kenapa" dan "mengapa".

Bila sahaja musibah menimpa, kita dipujuk dengan kata-kata 'cliche' yang kadang kala membuat kita rasa tiada siapa yang benar-benar memahami keadaan kita :

"Sabarlah, ni semua ada hikmahnya."

Dah biasa didengar kan?

Janganlah tolak bila ayat tu disebut walau berulang kali oleh orang yang berbeza, kerana ia BENAR! Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah beritahu direct pada semua hambaNya tentang hikmah.

Apakah itu hikmah? Kalau mengikut tafsir yang dibaca, ia adalah kemampuan untuk memahami rahsia-rahsia agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya"
(Riwayat Imam at-Turmizi)
Hikmah boleh datang cepat atau lambat. Bergantung pada diri kita untuk menyedarinya. Jika kita cepat redha pada perkara yang telah terjadi, iaitu menerima dengan hati yang lapang dan terbuka, maka cepatlah juga kita menyedari hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Begitulah juga sebaliknya. Apa yang penting ialah keredhaan. Keredhaan diri kita sendiri dalam menerima hakikat. Setelah itu, satu per satu kebaikan akan kita nampak, insya Allah. Tatkala itu, kita akan berkata:

"ooouhhhh, patutlaaaaa....begini"
"ooouuhhhh, patutlaaaa....begitu"



Alangkah bertuahnya orang yang menyedari hikmah! Dan alangkah beruntungnya orang yang diberi Hikmah oleh Allah SWT.

Pokoknya, kita tidak tahu bagaimana jalan hidup kita ini diatur. Kita tidak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. Kita merancang, namun Allah jualah yang Maha Perancang dan Penentu segalanya.

Hakikatnya, harus kita yakini bahawa Allah Maha Mengetahui dan asbab itulah , apa jua perancanganNya, ia pasti lebih baik, malah yang terbaik untuk kita.

Tenanglah wahai hati dan redhalah dengan segalanya... Hikmah itu akan tiba jua bila sampai masanya. Hanya perlu untuk kita berusaha mencarinya.

Firman Allah yang bermaksud ;
"...... Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."
(Surah ali Imran ayat 7)
- Artikel iluvislam.com


Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca