Penyewa Lari! Apa Nak Buat?

Assalamualaikum semua...

Bayangkan korang ada rumah yang disewakan. Pada mulanya, penyewa korang bayar sewa rumah on time. Tak pernah lewat ataupun miss. Korang pun rasa gembira sebab dapat penyewa yang bagus.

Tapi, sejak 6 bulan yang lepas, penyewa korang dah start bayar lambat. Selama nih, korang yang tak pernah nak sms penyewa korang dah mula tercari-cari nombor telefon penyewa tersebut. Lepas hantar SMS, baru penyewa korang nak bayar. Kalau sebulan terlewat tu, takpe la juga. Korang pun pernah ada masalah kewangan...nak bayar sana dulu, sini kemudian. Tapi, penyewa korang nih dah mula start bayar sewa bulan lambat. Dah 4 bulan bayar lambat macam gitu...

Pening dapat penyewa macam nih...
Kredit: BeneficialFinance.Net
Bulan berikutnya, sama jugak, penyewa bayar lambat. Tapi, tidak seperti biasa. Dah lepas 'waktu kecederaan'. Paling lewat korang letak syarat adalah 7 hari selepas hujung bulan. Tapi still tak bayar jugak. Bila call & sms, tak berjawab. Korang cemas. Rasa macam something happen pada penyewa korang.

Laman rumah bersepah dengan daun kering...
Kredit; OneYani.Blogspot.Com
Dengan rasa tak sedap hati, korang pegi ke rumah sewa korang. Tengok kertas-kertas iklan berlambak dalam mailbox. Daun-daun kering berselerak di kawasan luar rumah. Jenguk dari luar rumah, langsir bertutup rapat. Ada 2 notis bertampal pada pintu pagar rumah. Notis tunggakan installment perabot dah 2 bulan tak bayar. Satu lagi notis mintak call semula, mintak lunaskan hutang tertunggak. Bila ketuk pintu rumah, tak berjawab.

Gambar Hiasan - Surat Tuntut Hutang
Kredit: ZipDebt.Com
Tiba-tiba, jiran sebelah tegur korang...

"Ini orang sudah lama tada nampak dekat rumah...saya ingat dia suda lali la..."

Apa korang rasa? Apa tindakan korang?

p/s: aku pun tatau apa nak buat...rasa geram je la...



Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca