Aqsa, Gaza, Palestin - Sentiasa Di Hati Kami

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share dengan korang semua laman-laman web yang korang boleh layari untuk mengetahui perkembangan terkini yang berlaku di Palestin.

Aqsa Syarif
Aqsa Syarif ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.

Haluan Malaysia
HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun geografi.

PalestinKini
Palestinkini merupakan satu projek komuniti di mana kami bertindak menterjemah berita-berita terkini dari sumber2 yang dipercayai seluruh dunia khusus untuk isu Palestin. Di tubuhkan secara rasmi pada tahun April 2004 dan masih beroperasi sehingga sekarang.

Diharap agar korang semua dapat melayari laman-laman web ini dengan lebih kerap lagi. Jadikan ia sebagai amalan harian agar setiap kali kita layari laman-laman web tersebut, kita boleh sedekahkan al-Fatihah kepada semua para syuhada yang telah berjuang di sana dan doakan mereka yang berada di sana agar terus berjuang menegakkan Islam dan hak mereka  di bumi Palestin.

Jangan lupa juga amalkan doa qunut nazilah yang saya sharekan sebelum ini dan teruskan memboikot barangan keluaran mereka yang menyokong Zionis Yahudi sebagai tanda protes kita. Ingatlah, setiap di antara kita akan ditanya akan peranan kita untuk saudara kita di Palestin di akhirat nanti.

Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca