Malang Tak Berbau

“Preeeeettt....”. Referee tiup wisel. Half time break.

Regang-regangkan badan. Teguk air sikit, bagi basah tekak nih sebab dok menjerit, marah kat Safee Sali tak score2. Banyak chances tapi tak score...ape daaa!

Perut lapar la pulak. Tambah-tambah lagi tengah sejuk sebab hujan. Pegi jenguk ke dapur, ceduk nasi sambil panaskan lauk sup daging + tulang. Rasa macam tak cukup. Goreng la telur dadar. Dalam hati kata “Alhamdulillah...kira sedap la nih...”

Tiba-tiba....KEDEGANGGGGG!!!!

“Ape bunyi kuat benau tu?? Takkan ada eksiden depan rumah?”
Rasa tak sedap hati, aku pi la jenguk kejap kat depan rumah. Bukak2 pintu je, tuuu diaa...khemah aku jatuh atas kereta...


Pening aku dok pikir...

“Cemane boleh jatuh ginih?? Takkan kucing buat kot?? Tengah-tengah hujan ginih manader kucing naik ke atas?? Besi dia jenih tak kuat la nih”


Rasa dah memang sampai masa expired khemah nih kot. Agak lama jugak aku pakai khemah nih. Kira dah 3 kali salin kain kanvas khemah nih. Takpe la, redha je la...

Masuk balik, makan dulu bagi kenyang, layan 2nd half bola (nasib baik Harimau Malaya menang). Bila hujan dah reda, baru la pi buat operasi “penguraian” khemah.


Pukul 12:30 baru masuk tidur...pikir nak beli khemah pulak...

p/s: rasa tensen ada gak bila pikir pasal kereta tu, tapi takde la sampai tahap luar akal macam si budak Ayuni nih...

Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca