Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Singapura

Kredit: Sport.Detik.com
Assalamualaikum semua...

Mesti korang semua tengok AFF match antara Malaysia dengan Singapura semalam kan? Pasti semua rasa sedih, geram & marah ketika menonton perlawanan semalam. Tetapi, apa boleh buat. Semuanya telah berlalu. Kita terpaksa menerima hakikat ini.

Keputusan Perlawanan AFF antara Malaysia & Singapore
Keputusan Perlawanan AFF antara Malaysia & Singapore
Ulasan saya tentang game semalam:
  1. Bahagian pertahanan tak buat man-marking. Inilah punca utama. Mengunakan zonal marking menyebabkan player Singapura - especially winger kanan & striker - boleh bergerak sesuka hati di kawasan Malaysia. Boleh perhatikan keadaan tersebut pada gol yang pertama & ketiga untuk team Singapura. 
  2. Bahagian tengah tak berfungsi - especially player Amar Rohidan & both wingers (but in 2nd half, banyak gerakan dibuat dari bahagian winger, which is good). Banyak bergantung kepada Safiq Rahim untuk membuat gerakan serangan. Kalau la Safiq injured, memang tak bergerak serangan pasukan Malaysia (berdasarkan pada game antara Malaysia dengan Bangladesh)
    Amar Rohidan
    Kredit: TheBorneoPost.com
    Amar Rohidan
  3. Persembahan oleh bahagian serangan pada keseluruhannya agak sederhana bergantung harap pada lorongan bola dari bahagian tengah. Banyak kali Safee Sali & Mat Yol terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola. Banyak peluang yang terbuka buat pasukan Malaysia, tapi tiada hasil.
  4. Some players - especially Amar Rohidan (again) dan Kunalan - tak banyak bergerak, mencari ruang-ruang kosong dan meminta bola. Walaupun Amar is a defensive player, tetapi dalam game semalam Safiq Rahim banyak turun ke bawah. Jika dia memainkan peranannya dengan baik, Safiq tak perlu turun untuk mengambil bola. Kunalan pula perlu menggunakan kepantasan yang dia ada untuk mencari ruang kosong. Tak semestinya dia perlu berada di posisi wing kiri, kerana sering kali Safee/Mat Yol berada di bahagian tersebut untuk mendapatkan bola.
  5. Ball possession banyak dikuasai oleh team Singapura  Sebabnya, banyak hantaran-hantaran yang dibuat tidak sampai. Strategi 'long-ball' tidak berkesan, especially dalam 1st half, memandangkan strategi ini mudah dibaca oleh team Singapore. Perubahan corak permainan lebih positif boleh dilihat pada separuh masa kedua.
Norshahrul Idlan (Mat Yol)
Kredit: TodayOnline.com
Norshahrul Idlan (Mat Yol)
Pada pendapat saya, persembahan team Malaysia boleh diperbaiki. Antaranya:
  1. Strategi 'man-marking' perlu diterapkan di barisan pertahanan. Barisan pertahanan dikekalkan seperti semalam untuk meningkatkan keserasian antara pemain.
  2. Another playmaker perlu diletakkan di bahagian tengah. Kemasukan Azamuddin Akil menampakkan sedikit perubahan atas corak permainan team Malaysia. Mungkin ini boleh dicuba pada perlawanan menentang Laos nanti.
    Kredit: TheStar.com.my
    Safee Sali (kiri) & Azamuddin Akil
  3. Corak permainan harus diselangselikan antara serangan secara thru ball & melalui sayap.
  4. Pemain harus mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Tidak perlu berharap strikers untuk menjaringkan gol.
  5. Sentiasa berlegar-legar untuk mencari ruang-ruang yang kosong.
  6. Sentiasa berkomunikasi antara sesama sendiri.
Rating saya untuk player Malaysia:
  • Khairul Fahmi Che Mat - 6
  • Mohd Bunyamin Umar - 6
  • Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak - 7
  • Mohd Fadhli Mohd Shas - 5
  • Mohd Azmi Muslim - 5
  • Mohd Khyril Muhymeen Zambri - 4
  • Amar Rohidan - 5
  • Safiq Rahim -7
  • S. Kunanlan - 6
  • Norshahrul Idlan Talaha - 7
  • Safee Sali - 6

  • Wan Zack Haikal Wan Nor (46') - 6
  • Mahalli Jasuli (60') - 5
  • Azamuddin Mohd Akil (75') - 5
Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca