Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Laos

Kredit: Sport.Detik.com
Assalamualaikum semua...

First of all, congratulations kepada team Malaysia kerana telah bangkit dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan menumpaskan team Laos dengan jaringan 4-1. Selepas menerima pelbagai dari orang ramai tentang persembahan yang ditunjukkan ketika melawan team Singapore Ahad lepas, skuad Harimau Muda bimbingan coach K.Rajagobal telah bangun dan mengaum kembali malam tadi.

Keputusan perlawanan antara Malaysia & Laos
Ulasan aku untuk game semalam (walaupun tak dapat tengok sepenuhnya disebabkan coverage Astro yang 'teramat bagus' ketika hujan):

  1. Coach K.Rajagobal telah membuat 4 pertukaran dalam barisan pemain semalam - dengan memasukkan Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal dan Shakir Shaari untuk menggantikan Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Bunyamin Omar, Khyril Muhymeen dan Amar Rohidan (thanks coach sebab dengar cakap saya...hehe)
  2. Dengan pertukaran ini, skuad Harimau Muda tampak lebih agresif dengan membuat banyak serangan. Nasib tak menyebelahi kita kerana banyak peluang terbaik tidak di'convert'kan kepada jaringan, terutamanya daripada Safee Sali.
    Kredit: AFF Suzuki Cup.com
    Aksi Safee Sali ketika membuat jaringan semalam
  3. Kehadiran Shakir Shaari di bahagian tengah membuatkan jentera tengah pasukan berfungsi dengan baik. Ini membolehkan Safiq Rahim meninggalkan kawasan defensive midfield kepadanya untuk bergerak ke kawasan attacking midfield.
    Kredit: Kawanlah.com
    Shakir Shaari
  4. Mahali Jasuli memainkan peranan yang amat besar dalam bahagian serangan team Harimau Muda dengan membuat banyak hantaran over-lapping yang baik. Persefahaman beliau dengan Wan Zack Haikal (walaupun ada mis-communication di separuh masa pertama) nyata ditunjukkan dalam game ini seperti ketika Mahali naik ke atas untuk membuat over-lapping, Wan Zack Haikal akan turun menggantikan tempatnya di bawah.
  5. Kemasukkan Zubir Azmi di separuh masa kedua menggantikan Azmi Muslim di bahagian bek kiri juga menunjukkan hasil positif. Ini dapat dibuktikan dengan larian-larian over-lapping seperti Mahali Jasuli.
  6. Persembahan S.Kunanlan lebih menyerlah dalam game semalam. Hantaran-hantaran yang dibuat jauh lebih baik daripada game sebelumnya.
Kredit: Kosmo.com.my
Penjaring Gol Skuad Harimau Malaya
Dari kiri: Safiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack Haikal & Khyril Muhymeen
Dengan persembahan yang ditunjukkan oleh team Harimau Malaya seperti ini, aku yakin team Harimau Malaya dapat membenam skuad Garuda dalam game yang seterusnya. Keputusan perlawanan malam tadi diharap dapat dijadikan satu pembakar semangat untuk memberi persembahan yang lebih baik untuk game akan datang.


Highlights: Malaysia vs Laos

Rating saya bagi skuad Harimau Malaya
  • Farizal Marlias - 6
  • Mahali Jasuli - 6
  • Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak - 7
  • Mohd Fadhli Mohd Shas - 7
  • Mohd Azmi Muslim - 6
  • Wan Zack Haikal Wan Nor - 7
  • Shakir Shaari - 7
  • Safiq Rahim -7
  • S. Kunanlan - 6
  • Norshahrul Idlan Talaha - 7
  • Safee Sali - 7

  • Zubir Azmi  - 6
  • Mohd Khyril Muhymeen Zambri - 6
  • Baddrol Bakhtiar - 5
Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca